KENANGAN DI HONG KONG

KENANGAN DI HONG KONG

Tuesday, May 30, 2006

Chicken Chop Ketiga Di Seoul

Arini aku buat Chicken Chop buat kali yang ke3.. coz ada orang mengidam nak makan.. ahakss..

Arini aku upgrade sikit presentationnyer.. ahaks..

Nampak sedap tak? Memang sedapp.. maverless.. muahhh..

tak caya cuba la resepi ni.. kalau tak jadi gak.. pepandai ler buat sendiri.. muahahaa...

Resepi Chicken ni sebenarnya kawan aku bagi khas dari Sydney.. (jangan marah yer aku masukkan resepi kat sini)..

Bahan2

Peha Ayam / Dada Ayam

Beli yang boneless .jer. kalau ada lelemak tu buang2 le dulu.

pastu ketuk2 dengan penukul -- psstt kalau tak der lesung batu pun boleh ler.. )

So far aku tak der lagi penukul tu.. aku guna lesung batu jer.. ahakss

Pastu sediakan:

1 mangkuk tepung gandum

1 mangkuk susu cair / fresh milk + telur (disatukan)

1 mangkuk Crumb Bread + sedikit garam..(Serbuk roti) - beli kat kedai.. sure ada..

Cara:

Panaskan minyak dengan api yang sederhana

Celupkan ayam yang telah diketuk / ditumbuk kedalam

Mangkuk 1 - Tepung Gandum

Mangkuk 2 - Susu cair / fresh milk yang telah dicampur sebiji telur

Mangkuk 3 - Bread Crumbs..

Pastu goreng ler segaring sesedap rasa..

Cara membuat Sos Chicken Chop Ikut resepi aku sendiri la pulakk.. (Sorry yer aku suka sangat menambah2)

2 cubit isi ayam

2 sudu makan Serbuk Cream cendawan

(kedua2 ni isi ayam + Serbuk Cream cendawan) diblender..

2 sudu makan Sos Tomato

2 sudu makan sos Cili

2 sudu makan Sos tiram

1 1/2 sudu kicap

Campurkan semkuanya dan masak .. kalau tak berapa pekat

tambahkan tepung jagung yang dibancuh dengan air terlebih dahulu.. (agak2 satu sudu makan jer)..

pstttt.. kalau tak nak sos cendawan boleh ler gunakan sos black paper.. ok gak..

Dah siap semuanya boleh ler hidangkan dengan cara tersendiri.. (aku ikut yang mana dan nn jer)..

Sunday, May 28, 2006

Sabtu & Ahad

Sabtu 27 Mei 2006
Hari ini hujan... Aku dengan Mimi ke Namdaemoun cari barang Kak Tun dan Maya. 10:30 keluar dari rumah naik bas.. ALamak tersalah bas la pulak.. mamai... So kena jalan kaki la pulak.. kesina Mimi.. hujan...

Beli punya beli.. dah kul 12:30 balik rumah naik bas jugakk.. hubby dengan Nana takkeluar.. Nana demam lagi..

Balik rumah masak Meehoon Goreng untuk budak2 latihan Menari kat Embassy. Petang tak ke mana-mana tolong hubby buat kerja pejabat pos..

Buat jemput udang + sayur.. sedap jugak.. goreng french fries + nugget. Bebudak lepas menari datang rumah aku.. makan sesama la.. meriah jugakk..

Malam tak kemana.. layan drama korea.. pastu tolong hubby lagi buat kerja pos office..

Ahad 28 Mei 2006
Arini pepagi lagi aku buat sandwich untuk bebudak berlatih menari..
10:15 pagi ke Pasar Garak (Fisheries Market) dengan jiran aku.. kami beli ikan share together.. sebab nak jimat..

Balik terus gi Costco nak belikan Kak Adi Noritake Signiture Platinum.. 55pcs.. RM1,200.00 coz dia dah masukkan duit.. takutlak nanti abih.. aritu tengok tinggal 4 kot
ak jer lagi. so kami dah beli 2 tinggal lagi 2 kotak ler.. Kak Adi tunggu ler aku balik for good nanti bawak balik Noritake awak yer.. heheheh...

Sunday, May 21, 2006

Sabtu & Ahad

Sabtu : 20 May 2006
Pagi antar Nana ke rumah Mrs Wahab.. Nana tak ikut ke Namdaemoun. Mimi nak beli baju. Nana tinggal di rumah Mrs Wahab. So aku ngan Mimi pun membeli belah baju yang agak murah la berbanding dengan Tongdaemoun... Kami select baju yang harga yang paling rendah.. heheheh nasib baik la ada size Mimi..

So balik jer hubby aku dah ada kat rumah Mrs Wahab.. siap makan nasi lagi.. kat situ.. amboiii lega..

Jam 3:30 petang bertolak ke Padang Bola kat tepi Hangang Park.. kat Appujong.. emppp They all ni kalah lagi.. 2-5.. apara...

Petang diaorang ikut balik rumah.. goreng karipap.
Malam masak nasi ikan bakar. Bakti buat Sambal air asam.. sedap tak terkata.. masak kari ikan. sayur tauge. Ulam timun. Fuhhh...

Jam 10:00 malam start buat mee kuning. 2kg tepung.. siap sepenuhnya jam 11:30 malam.

Diaorang karaoke..

Ahad: 21 May 2006
Arini aku goreng Mee untuk sarapan pagi. Masak nasi putih lauk sambal sardin + telur dadar + kari ikan semalam + sayur tauge ngan Kobis.

10:00 bukak pintu ofis diaorang ada training menari.. Sembang2 ngan Kak Yati..

Petang ke Majlis BBQ Pelajar di Dongyang Technical College, Kochok-dong, Guro-gu, Seoul..

Meriah..

Tema tahun ni.. "Makan Sampai Kenyang".. Tahniah PPMK kerana dah buat 2 x majlis yang gilang gemilang.. bukan setakat bakal engineer jer diaorang ni.. berbakat besar masauk AF.. ahaksss....

Terima kasih Daun Keladi .. kepada pemberi2 cokelat yang kiut miut ni..

Ini kenangan aku dengan hubby mas Fiesta BBQ 2006 Anjuran Biro Kebudayaan PPMK ~Pakai baju merah memeriahkan majlis~.. ahakss..





Friday, May 19, 2006

Chicken Chop Pertama Di Seoul

Hari ni kami sekeluarga first time makan Chicken Chop selama 2 tahun kami berada di sini.
Ini juga merupakan Chicken Chop pertama aku masak...


Resepi Chicken Chop ni aku dapat dari kawan aku yang ada di Sydney..


So lebih menikmati jika sesuatu makanan tu kita buat sendiri dan hasil air tangan kita untuk family tercinta.
Anak2 aku dan hubby termasuk aku menikmatinya dengan penuh khusyuk.. emmpppp..



Tengok la they all ni semuanya mulut ternganga kata "SEDAP".. UMPPPP..
Aku yang memasak ni hilang penat..

Masak demi anak2 dan hubby adalah hobi aku.. diaorang order jer nak makan apa..

Memuaskan, cemerlang..A++ hehehe

Wednesday, May 17, 2006

Just Friends VS. Best Friends
















A Just Friend says..hi,..hello,..bye,...and walks away...
A Best friend always stop by your side & asks how r u doing ??


A Just Friend has never seen you cry.
A Best friend has shoulders soggy from your tears.


A Just Friend thinks the friendship is over, when you have an argument.
A Best friend knows that it's not a friendship, until after you've had a fight.


A Just Friend hates it when you call, after he has gone to bed.
A Best friend asks you.... why you took so long to call.


A Just Friend, when visiting, acts like a guest.
A Best friend opens your refrigerator and helps himself.


A Just Friend jealous about your romantic history.
A Best friend wonders of your love story.....


A Just Friend expects you to be always there for any help.
A Best friend is always there, wherever you require any help.


A Just Friend doesn't have time in his/her busy schedule,
A Best friend always have time for you in his/her busy schedules....

A Just Friend phones you whenever he/she has some work,
A Best friend calls you often just to hear your voice.....


A Just Friend doesnt have anything to talk to you on phone,
A Best friend doesnt know...what all to finish...


Wish one is me to u? Best Friends







Tuesday, May 16, 2006

Week Days

Isnin 7:00 ~ 9:30 malam
Dinner welcoming Participant 46th COTI from Malaysia (15/5 ~ 2/6/2006)
seramai 20 orang 11 perempuan + 9 lelaki.

Selasa 8:30 ~ 10:30 pagi
Arini group COTI buat kunjungan hormat ke Kedutaan. Aku kena sediakan makanan dan minuman. So menu ari ni:
Karipap + Kuih lapis
Buah Pear
Teh Tarik
Jus Mangga
Milkis
Mineral Water
simple jer sebab they all dah pun breakfast kat hotel.

Petang balik buat Tahu Sumbat.
Malam Cik Hasniah peserta COTI - PRO JPA call mintak tolong aku bawak gi tempat accessories (Namdaemoun market) nak beli brooches..

Rabu 05:50 ~ 07:35 pagi
Janji ngan Cik Hasniah kul 06:00 kat depan Lobi Hotel..
Amboiii sakannyer memilih.. bagus saper jadi anak buah Cik Hasniah.. ingat gak kalau berjalan nak membeli surveniour kat anak2 buah ofis.. emmpppp... Yang ikut bersekali Puan Norsham + Cik Add + Cik Zu. Kesemuanya memborong cam tak sempat nak gi lain kali.. hehehe diaorang balik naik teksi dan aku balik naik bas.. hubby jemput kat Hamilton Hotel, Itaewon.

Khamis 04:15 ~ 07:15 pagi
Arini Cik Hasniah & kawan dia ajak gi tempat h/beg whole sale.. so aku bawak la depa pi.. sure borong abih.. lepas gi situ gi Namdaemoun lagi.. borong lagi.. hai kalau cam tu bawak duit satu guni pun tak cukup.. ada orang dah tanya kalau tak cukup duit nak buat cam mana yer???

Sunday, May 14, 2006

Dah lama tak tulis


Emmpp dah lama rasa aku tak menambah idea dalam blog aku ni..Lagipun tak der la citer sangat.. biasa2 jer

Ari Sabtu: Jalan Namdaemoun Market
Arini aku ingat nak gi beli brooches kat Namdaemoun market.. so ajak sekali jiran aku.. so we all naik bas senang sikit tak payah nak parking keter.. mahal..

Sampai2 jer tempat brooches tutup sebab diaorang gi sokong bola.. 'Fighting Korea' siap ada banner lagi.. fuyyoo semangat betul Ajuma brooches tu..


Makan Korea Food : Daegu + Altang
Emmpp pas balik dari Namdaemoun tu.. aku penat nak masak so gi makan ler kat kedai Korea yang selalu kami makan..

Kwangjang Market : Korean Silk
Aku gi survey untuk member aku.. dia nak beli korean silk..
Tapi yang biasa tu KRW40,000 yang dry clean.. tak der brand.. ada jugak aku ambil gambar Korean silk tu...
Ini la satu contoh gambar yang aku ambil.. Harga KRW40,000 Dry clean.. ada banyak lagi patern.. rambang la biji mata sekejap.


Yang ni lak yg harga KRW61,600 ni.. Wow.. class gitur.. ada brand Korea.. tahun lepas harga KRW53,000 untuk non Embassy Staff.. KRW48,000 untuk Embassy staff.. tapi sekarangni zaman dah berubah.. Agak suprise la harga sekarangni kat Mr Baek.. KRW61,600 non Embassy.. Untuk Embassy Staff KRW58,000 dasyat...

Lepas balik dari Kwangjang market.. balik rumah jap pastu gi tengok budak2 student lawan bola ngan group German.. hemmmm Kalah ler .. 1-2 tapi team ni memang power pun..

Aku yang bersemangat lebih sokong they all.. tapi tak per la baru jer kalah sekali... Tahniah yer kepada student Malaysia di sini..

Malam di Rumah Mr Hamdan PPL Seoul
Lepas balik dari tengok student lawan bola aku
gi rumah Mr Hamdan ngan bebudak ni ler.. lepas maghrib.. ada perjumpaan dengan semua Student Malaysia di Korea University.. hampir semua yang datang.. Alhamdulillah..
Kul 11:30 baru balik.. pastu hubby aku keluar main bowling ngan bebudak ni.. kul 5:00 pagi baru balik.. fuyyooo hebat.. dari main bola ke main bowling...

Hari Ahad.. (14 May 2006) Mother's Day
Pagi2 lagi anak2 aku dah buat suprise kasi bunga dan kad Mother day.. Emmppp sayang anak2 aku... Kad ni Nana yang buat kat sekolah. Terima kasih Kakak dan Adik.. .I luv U all very much..

Thongdaemoun pasar minggu
kul 10:00 pagi bukak pintu pejabat ada student berlatih menari.. so kul 11:30 keluar gi Thongdaemoun pasar minggu.. jalan cari baju anak2 aku dan kasut dan sandle.. penat jugak la jalan arini.. dari kul 12:00 sampai kul 4:00 petang baru balik rumah.. emmppp..
Nana yang best dapat beli skirt dan baju.. Mimi cuma beli kasut jer.. dua jenis.. hai..kasut semuanya dah sendat.. sabar jerla..

Petang buat Kek Chocolate dan Goreng Meehon
Ingat malam ni nak gi makan Nakci ngan kawan.. lama dah tak mana nakci.. especially nasi goreng.. sedappp..
Tengah dok rileks.. datang lak student ajak hubby aku main pingpong.. so akupun goreng meehoon.. last2 jiran aku ajak makan bihun sup kat rumah dia..
Bebudak ni ajak aku gi joint BBQ kat sungai Hanyang.. so aku decide bawak ler meehoon goreng aku ngan kek chocolate tu kat depa.. Pas makan nakci aku singgah kat tempat BBQ diaorang.. sedap gak diaorangni marenade ayam.. boleh tahan tapi dah aku kenyang makan nakci so aku makan seketul jer la.. bebudak ni mentang2 ler baru jer abih mid tem.. so enjoy.. Ari Isnin diaorang cuti coz 67th Hanyang University Aniversary.. emmppp siap ada fire work lagi.. canggih.. yang seronok anak2 aku ler..dapat main bunga api...







SELAMAT HARI IBU JUGAK BUAT MAK AKU KAT KAMPUNG

Terima kasih mak kerana membesarkan saya dan memberi pelaran yang berguna kepada saya selama ini. Terima kasih tak terhingga atas segala perngorbanan yang telah dilakukan oleh Mak selama ni.

Ini la kenangan aku bersama mak aku masa datang sini last year.

Kat Seoul Tower.


Sunday, May 07, 2006

MeriahNya Makan

Arini kami berkelah kat rumah aku.. Lauk Gulai Ikan Kering, Kari Tenggiri, Sambal belacan.. ulam salad + timun + tomato.. heheheh

Meriah2...best2... sedapnya makan arini.. tambah 3 kali.. amboi pulun sakan..

Sesekali cam ni best la..

Kesian lak Jiran aku ni.. anak dia pun dah kena cirit birit.. bawak gi Emergency clinic.. hemmmpp.. Korean ni cam2 perangai..

Ada dengar citer terbaru.. Tak Sangka Nooo.....

Petang tu reramai gi rumah Matrade.. best makan lagi..
Pastu reramai gi Itaewon tengok Global Village Festival..
Beli Kasut Nana dan Aku .. kasut jogging.. ingat di hati nak turunkan berat badan ni.. Uwaaaaaaa

Saturday, May 06, 2006

HUJAN

Ari ni hujan jer start dari kul 12:30 malam semalam... khabarnya sampai esok hujan ni... emmppp...nampaknya tak kemana la we all arini..

Student lawan bola pun cancel.. alahai hujan.. terbantut niat aku nak ke Namdaemoun.. nak intai2 brooches baru dan bracelet baru..hehehehe...

Arini masak nasi lauk Ketam masak lemak jer.. sayur cendawan besar..

Petang buat Donut Kentang (cuba tepung Korea) ok la jugakk..
Jalan ke rumah Mr Wahab .. antar bekas balik (isi donut)..
Ramai gak student kat rumah dia.. dan kebetulan ada guess dia nak balik esok.. so bagi la sikit surveniour sebab tak sempat nak ajak datang rumah..

Malam ke rumah Mr Tajudin.. lawat Kak Nor tak sihat.. bawak keropok lekor yang buat semalam.. selesai...

Friday, May 05, 2006

Children Day

Pagi-pagi dah gi Garak market
Arini cadang nak buat keropok lekor..
beli:
Ikan Kembung KRW17,000
Udang KRW12,000
Udang Frozen KRW5,000
Ikan bawal Kecil KRW5,000
Siput KRW1,500
Kerang KRW2,000
Sayur bayam KRW500
Timun KRW1,000
Sawi Cina KRW1,000
Cili Pedas KRW1,000
Kucai KRW1,000

Balik buat keropok lekor..kek Coklat..
Masak Siput dan sayur bayam.. goreng ikan bawal kecil.. sedappp..

Lagipun ari ni semua korean cuti coz children day.
Semalam aku dah belikan diaorang mainan.. emmppp paraahh..

Anak-anak aku beli mainan masak2 yg air boleh mendidih.. emmpp.. sabar jer la..


Nak buat cam mana.. arini ari diaorang.. Na-na-na-na


Malam student yang training menari untuk Hi Seoul datang rumah.. masak bihun Goreng.. habis ler kek Coklat aku.. sedap gak ari ni.. cam basah2..
Diaorang tengok live badminton Thomas Cup.. riuh rendah.. tapi malang Malaysia Kalah dengan Denmark 2-3..


Thursday, May 04, 2006

NAPER LA TAK HILANG LAGI SAKIT PERUT

Arini pun masih terasa kesenakan perut yang tak terkata...
Apa nak buat.. aku nak gi clinic sat gi... tak tahan dah ni...nak terkucil jer.. hehehehe

Nasib baik anak2 aku dah baik dah.. hubby aku pun dah baik .. aku jer..
uwaaaaa... Sad








Wednesday, May 03, 2006

SAKIT PERUT YANG TERLAMPAU

Uisshhh macam nak putus urat perut.. sesekali datang.. masyaAllah.. Allah saja mengetahui..
Sakit yang teramat sangat.. rasa cam nak tidur jer tepi pintu bilik air.. bila dia datang Ya Allah.. tak menyempat nak duduk terus pushhhh.... pototott..ptpot... rasa mual cam nak muntah.. berkerodak dalam perut.. menyanyi lagu rock & roll..

Aku ngan Hubby semalam tak dapat nak tidur sakit perut.. ini la yang Nana rasa ari tu.. Ya Allah sedangkan kita orang dewasapun cam nak putus urat perut apa tah lagi budak kecil.. kesian..

Pagi ni ingat nak sambung jer cuti.. tapi memandangkan banyak kerja lagi tak settle.. lupakan hajat tu.. gagah jugak gi office.. nasib baik bersebelahan dengan rumah...




Inilah wajah2 ceria anak2 aku tak sekolah minggu ni.. next week baru sekolah.. coz esok last day.. Friday cuti Children Day....

Sakit perut dah hampir pulih.. nak gi makan altang.. hehehe...

Tuesday, May 02, 2006

Nana dah keluar Wad

Nana keluar wad aku ngan hubby la pulak demam...
aku kena ceret beret lak.. ok gak tu.. boleh ler turun berat badan..hehehehe

Balik rumah lega.. boleh buat kerja kat rumah..

Mimi tak sekolah gak arini.. biar dia rest betul2..

Balik naik teksi..barang mengalahkan orang tinggal sebulan kat hospital..

Itulah kenangan dapat jugak merasa dok kat hospital Korea ni.. hemmmm...


Aku lak yang kena cirit birit.. itula mintak sangat "jemput2 buang" bagi kat ibu ngan ayah.. "jemput2 buang".. bagi semua kat Ibu rasa lak.. Doa Ibu makbul jugak akhirnya.. AKU YANG RASA.. SAKITTTT...

Jumaat 28 April 2006 ~ Selasa 2 Mei 2006

Nana Kena Masuk Wad Padiatrik (Wad kanak-kanak)

Empp aku call international clinic kul 8:30 pagi emergency call..
Kul 9:00 keluar gi Hospital... kul 10:15 baru dapat jumpa Prof. Doctor Lee.. yang selalu incharge diaorangni.

So immediatly Nana kena warded.. coz dia muntah dan berak depan doktor.. pastu lak berat turun 2kg dari 20kg. Terukknya..

Daftar masuk ward.. dapat bilik 561. Aku balik ofis dan rumah ambil Mimi bawak ke Hospital.

Petang dan Malam tu ramai yang datang melawat.

Terima kasih semua.. Nana sungguh tak bermaya.. sedihnya.. demam bertambah naik 39, 38.. risau sangat.. malam aku jaram dengan air sejuk..

Selang seli nurse datang tengok..air dah masuk sebotol .. sekarangni dah masuk 2 beg dah.. semalam tak tidur sebab Nana berulang kali buang air..


Hari Kedua

Masih lagi lemah dan tak bermaya..hari ini suhu badan lagi meningkat.. risau sangat..
Nurse selang seli datang check suhu badan..

Arini masih lagi ceret beret..

Hari ni jugak ramai datang melawat.. orang2 embassy dan termasukla group bola sepak dan penari2 Embassy..

Hari Ketiga

Masih lagi tak boleh keluar tapi Nana dah ok dah .. demam dah kurang.. berak2 dan muntah pun dah berkurangan.. tapi disebabkan oleh ari Ahad..(Cuti), Isnin lak Labour Day.. so Ari Selasa la dijangka akan keluar...
Tunggu result darah dan air kencing.

Mimi lak demam... ikut aku balik Embassy dan rumah.. aku balik masak bubur nasi dan sup ayam..
Masuk ofis buat kerja sebab Isnin Selasa nak cuti..

Hubby aku dah tak boleh dah bau makanan hospital ni.. nak muntah, loya semuanya ada.. so esok tak nak lagi order makan..

Hari Keempat

Nampak cerianya Nana.. mula la bila dah sihat sikit asyik nak menyakat orang jer.. abih ler Mimi dan hubby aku jadi mangsa dia..
Mimi tak sekolah.. sepatutnya ada cake festival kat sekolah dia arini.. dia ambil bahagian decorate cake buat flag Malaysia..so kesiann dia tak kesampaian nak joint festival..

Aku dan Mimi keluar makan Udong.. berdua jer.. hubby aku dah demam dah..

Nana makin ceria.. harap2 esok boleh ler keluar..

Hari Kelima - Discharge

Alhamdulillah dah boleh keluar.. Lega...

Inila muka2 ceria selepas Nana dibenarkan balik.. oleh Prof. Doc. Lee... hehehehe..

Khamis 27 April 2006

Arini Nana tak sekolah.. Demam la pulak..
Aku masak Sup ketam + sayur kobis panjang pecah telur..

Balik Tengah hari makan ngan Nana dan Hubby..

Malam Nana start sakit perut dan muntah.. kesiann... aku dok tunggu hari siang nak bawak gi klinik..

Sabar...yer dik..