KENANGAN DI HONG KONG

KENANGAN DI HONG KONG

Tuesday, October 31, 2006

AidilFitri 2006

24hb. Oktober, 2006 (Selasa)

Arini semua umat Islam menyambut hari kemenangan.. Hari Raya Aidilfitri yang mulia.
Empp arini first time aku satu family tak sempat nak bergambar. Penuh rumahku dengan para tetamu yang datang. Meriah sungguh this raya.



Ni antara hidangan ku di pagi raya. Kesian ramai yang dtg dah tak der makanan.. larissss...

Menu:
Laksa Penang
Ketupat Palas + Rendang Daging
Nasi Impit + Kuah Kacang + Sambal Sotong Kering
Kek Buah
Kek Coklat Kukus
Puding Koktel
biskut coklat















Emmppp meriah sungguh..anak2 tak tau la depa langsung tak naik rumah.. kutip duit raya..
Ada program Dikir Perantau di TV3 tapi aku tak sempat nak tengok.. ini link nyer

Link:-
1. http://www.youtube.com/watch?v=VYsYMWB2qDM
2. http://www.youtube.com/watch?v=e7I5Lh-8aLw
3. http://www.youtube.com/watch?v=ZzbgQEDEnUA
4. http://www.youtube.com/watch?v=KdVSruj0g2c
5. http://www.youtube.com/watch?v=vFC7VVcowNc
6. http://www.youtube.com/watch?v=WMYBWYTAvBM

Friday, October 20, 2006

Minggu ni paling Sibuk

Kami plan nak gi Seorak San this week tapi nampak gayanya kena delay lagi ler.. tunggu lepas raya baru pi kot.. InsyaAllah..

Mimi ngan Nana tak pergi.. coz diaorang nak raya di Embassy.. emmppp.. kena pulun masak ler aku this raya lagi.. abihkan stok yang mana ada.. Mementang ler dah nak balik for good..

Malam ni nak buat Tart Nenas lagi + Almond London
Ari Sabtu nak gi Foreign Mart nak beli Ayam + daging dsb.. untuk buat rendang Hari Raya
Ari Ahad - nak beli kasut raya yang dituntut oleh Mimi ngan Nana
Ari Ahad jugak nak start buat rendang daging + hati + Limpa
Ari Ahad jugak nak balut Ketupat Palas - then masukkan dalam peti sejuk..
Ari Isnin nak masak Nasi Impit + Sambal Sotong + sambal Ikan Bilis
Ari Isnin Malam - nak rebus ketupat + buat kuah laksa + Kuah Lodeh + kek Coklat + Puding Koktel dsb
Ari Selasa - InsyaAllah Raya..

Fuhhhhh..penuh diary..

Menu2 Kegemaran Di Bulan Ramadhan

Antara Menu2 kegemaran aku masak di bulan Puasa ialah:


Chicken Chop

Odeng + Fishball & Sosej Crunchy dan Karipap Udang Kering

Roti John Seoul

Biskut Suji


Ini Nana punya Peberet.. Biskut Suji..
Resepi:
Tepung gandum
Minyak Sapi
(gaul kedua2 hingga boleh bentuk bulat)
Buatkan bulat2... dan bakar..
sesudah sejuk gaulkan dengan gula Icing.. hingga nampak putih.. sure sedapppp

Tart Nenas Seoul


Ini ler rupa Tart Nenas aku this year.. gumuk2 pun ada.. janji gebussss..
Ni dah bakar dah..
emmp satu adunan dapat ler 100 biji.. itupun kalau buat kecik2.. rugi kalau buat berniaga nih..
Resepi:
400g butter
80g Gula icing
3 biji Kuning telur
esen vanila
tepung gandum 6 - 7 cawan
Cara: kacau butter + gula icing
masukkan kuning telur dan kacau lagi
masukkan essen vanilla
dan tepung gandum
(Doh jangan keras sangat)
Jem Nenas:
1 ~ 2 biji Nenas dipotong dadu dan diblend
pastu masak dan masukkan gula secukup rasa
kulit kayu manis setengah batang
masak hingga kering.
bulatkan seperti bentuk buah kurma.

Nana's Birthday Oct. 11, 2006


Empp Bday Nana 11.10.06 ari tu aku sempat ler buatkan dia Kek Coklat dan dia sambut kat sekolah dia jer..

Coz Bulan Ramadhan so tak der ler majlis.. tak larat nak masak ler.. ahaks..



Iniler Bday Girl.. Mirza Syazana bt Mohazrifi.. baru jer 6thun.. emppp.. lahir pada 11.00.00.

Now dah 1st Grade dah.. Nakal dan suka buat lawak.. suara besar..


Antara Hadiah Bday dia.. minat collect Hp dan Sun glasses..










Ni ler pos yang istimewa dari Nana time bday dia.. ini adalah salah satu daripada present kawan2 dia kasi..


Ni nak tunaikan permintaan dia buat biskut Suji.

Sambil tengok TV3 melalui www.syoktv.net

Best2.. harap dapat tengok program raya kat Malaysia on Syoktv nanti..

Wednesday, October 04, 2006

Everland

Dah genap dah 9thn.

18/9/06 sempena bday Mimi 17/9/06 kami pi everland for the last time before leaving Korea.. ahaks..

dari pagi sampai malam..

Ishhh aku lak sorang2 buat 'Sarang'..

Ni lepak selepas makan t/hari.. kat Euseop Village.. tempat2 katun2 Everland..






Ni ler katun dok citer pasai Baby Frog..


Nana coming soon dah nak 6th... emmpp..

Menu Berbuka Puasa Ramadhan

Menu yang aku selalu aku masak sepanjang bulan Ramadhan ni ialah:


Roti John

Resepi
Roti Hot dog
Ayam Cincang
Telur Ayam
Serbuk Kari Ayam
Lada Sulah
Garam secukup rasa
Daun Ketumbar
(kesemua bahan digaul sekali kecuali roti)

Hiasan
Timun
Mayonis
Sos Cili

cara
Panaskan kuali leper dengan sapuan Planta
tekapkan roti dan angkat sebelah
curahkan telur ikut besar roti
buat sebelah2
gunakan api yang slow bagi pastikan isi ayam masak..
angkat dan sapu mayonis, atur timun dan prettkan sos cili.. dan potong 4 boleh dihidang dan dimakan.

Kali Ketiga Sambut Ramadhan di Seoul

Diam tak diam dah 3 kali dah sambut puasa di sini.. Alhamdulillah tahun ni pun time berbuka awal gakk ahaks.. dan imsakpun lambat..

Tahun ni Nana dah mula puasa.. baru jer masuk 3 ari dia puasa.. Tahun ni berpuasa dengan jiran baru.. Keluar Ssjn. best gakk dapat tukar2 menu.. tak ler boring masak sendiri.

Mimi so far tak der tinggal puasa lagi.. rajin betul dia.. siap ganti lagi puasa last year tinggal 2 ari tapi sempat ganti 1 hari jer ..ahaks..

Bulan puasa ni merupakan last puasa di sini.. so bulan puasa ni jugak time Autum.. cantikk tuh.. daun2 pelbagai warna.. we all plan nak gi Seorak Mountain for the last time before living Korea.. may be next week la kot.. coz this week of sure jalan jem.. orang Korea balik Kg cuti Raya.. Chuseouk Day (Thanks giving day)..
Embassy tutup 2 hari Khamis dan Jumaat dan sambung Sabtu Ahad.. fuhhh besttt lepak kat rumah.. ahaks..