KENANGAN DI HONG KONG

KENANGAN DI HONG KONG

Sunday, April 26, 2009

Hari ni pergi PWTC International Books Festival.
Ke rumah MIL di Keramat.
Nak cari sarung hp.. tak jumpa.. boringnyer...!!!!!

Monday, April 20, 2009

JAKARTA BANDUNG.. 13~15 April 2009

Banyaknya barang makcikk....
My bodyguard... BB..

Cepatla.. nak balik dah nih...

Saja jerkk nak tayang baru Batu Keras..


I like.... AX.. next time confirm beli lagi..

Kalau boleh nak borong lagi dalam rumah mode nih....

Nak belikan hubby... dan anak2 dara..

Nak balik sempat lagi makan mee maggie.. + Cafe Latte with Roza..

Sib baik kami pilih seat depan.. tidak tertekan dan terlambung..2...

Tengah bandar Bandung

Malam2 jalan kat Plaza Jakarta

Makan Ayam Goreng Suharti..

B/fast di Hotel Ibis Tamarin..

Baru sampai.. muka berminyak.. minum jus Avacador.. Sedapp bangat!

Depan Ibis Tamarin Hotel, Jakarta

Nasi Goreng Gila

Bilik hotel kami.. twin sharing with Oja..


Baru sampai Airport Jakarta
Malas betul nak update blog nih.. uhukss..
nak masukkan gambar kat Jakarta Bandung pun malas.. apa daa....!!!

Thursday, April 16, 2009

Hand phone ku hilang...

SIAL sungguh sapa yang ambil..
SIAL sungguh sapa yang curi..
SIAL sungguh sapa yang saja2 nak curi...
SIAL sungguh orang yang mencuri..
Lagi SIAL orang yang keja mencuri..!!!!

Thursday, April 09, 2009

Sekadar renungan..............

Subject: Gadis melampau menerima padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.

Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati.

Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

ke mana lepas nih??

Kami dah siap2 nak bungkus.. dah.. carrier.. pun dah mai..

Ke mana lepas nih??

Wednesday, April 08, 2009

Makan2 di Barok, Sarawak..

Antara tempat best kami makan.. JJCM dah terjah dah sini.. memang best giler.. ambil set RM145 for 6 pax..
Restoran Barok.. leh naik sampan jerkk dari waterfront..
Mr Kamarulzaman & his wife

Mimi and Nana




Kueh Bakong ~ ala tepung bungkus gitu...

Bakso yang kurang sedapp..

Udang butter..

Tomyam Sayur

Sotong Goreng Tepung

Udang Galah Sepinggan RM20.

Bawal 3 rasa..

Tuesday, April 07, 2009

Esok Penentuan.....!

Esok penentuan untuk kami di ofis menentukan hala tuju masing2...

Aku tak kisah.. mana2 tempat nanti pun aku akan buat keje yang sama jugakkk!!!

Hopefully.. semuanya akan gembira...!

Monday, April 06, 2009

BERCUTI DI KUCHING SARAWAK

Kenangan menaiki AK5204 pada 02 April 2009 KUL(LCCT)0945 am ~ KCH 1130 am. Bertolak dari rumah jam 7.10 pagi menaiki teksi ke LCCT. Masuk jerkk aku terus ke Information Desk..

1 Peristiwa telah berlaku dalam sejarah Holiday kami.. aku & Hubby terlupa nak bawak Surat beranak anak kami.. terpaksa hubby aku balik ambil.. sib baik awal lagi.. AA bagi masa sampai 9:15 jerkk kalau tak memang tak leh fly.. dalam masa yang sama aku ambil inisiatif untuk call sekolah anak2 aku.. sib baik Cikgu depa prihatin fakskan BC anak2 aku.. dapatler check in.. sementara tunggu hubby aku ambil yang original.. ngam2 9.15 dia sampai.. dan bernasib baik jugakk flight agak delayed.. Alhamdulillah.. sempat kami sarapan burger McD.. kat dalam hall menunggu.. ambil Express boarding so leh masuk awal..dan seat pun yang depan... lega!




setibanya di LCCT.. sempat bergambar kenangan di hadapan Keter F1






Bergambar kenangan bersama Encik Kamarulzaman & family..



Mimi & Nana in flight..


Me....

Setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Mad dah menunggu kami.. dengan sebuah Avanza.
OTW ke Hotel.. singgah makan t/h dulu..
Sampai Hotel terus Check In.. Bilik Deluxe Suite.. Grand Margherita Hotel di Kuching.. berdekatan dengan Water Front..
Permandangan dari dalam Bilik.. River View..
Permandangan seberang sungai... Bumbumg keemasan merupakan Bangunan DUN Sarawak..
Dalam bilik Hotel Grand Margherita.. yang dulu dikenali sebagai Holiday Inn.. Kadar hotel RM205++ semalam.. total untuk 3H2M = RM478 (emmppp lepas untuk sewa apt sebulan.. ).. hahhahaaa..





Selepas check in dan settle semuanya.. bergambar di hadapan Hotel Grand Margherita..








Daniel dengan gaya Ultraman...








Petang hari pertama jalan2 di Water Front.. membeli sourviner...


Malam makan kat Barok.. perghhhh.. bestnya makan kat sini.. ambil 1 set untuk 6 orang makan.. RM145


Udang Butter
Sotong Goreng Tepung
Baby Kailan
Tomyam Sayur
Ikan Bawal 3 Rasa
Air 1 jug
Udang Galah 1 pinggan RM20
Kueh Bakong.. RM2
..

Hari Kedua .. pagi lepak kat bilik jerkk.. coz ari Jumaat.. lepas solat Jumaat baru keluar berjalan ke Area Santubong.. di kaki gunung Santubong.. Perkampungan Nelayan.. Perkampungan Budaya Sarawak.. Masuk RM80 dan Kanak2 RM40..



Di Jong's Crocodile Farm ~ Bayaran masuk RM15 Dewasa kanak2 RM8..

Sakan... bergelak bertarik... semua ada..

Nana.. yang comel.. dan manja..

Gelak ketawa.. main tarik2 semua ada..

Dua beradik yang tak reti dok diam..

Hubby ku yang keletihan... ciann...

Daniel, Nana and Mimi..

Mimi and Nana..

Mimi, Nana and Daniel..


Dari Kiri... Mohaz.. Mad and Man..


Gaya anak beranak..

Mimi & Nana bersama Patung Kucing..

Salah seekor kucing yang telah diawetmudakan.. hahahaha

Bersama Lovely Hubby..


Pintu Masuk Muzium Kucing.. FOC..

Bergambar kenangan depan Muzium Kucing.. Sarawak.

Permandangan dari Pantai Kg Nelayan ~ Gunung Santubong..



Gaya Bebas anak beranak..

Mimi & Nana sedang mencatat sesuatu berkenaan dengan Perkampungan Budaya Sarawak..

Bergambar di depan Pintu Masuk....

Gaya bebas.. lagi...

Jalan nak menuju ke Kedai Kek Lapis Sarawak..

Sempat lagi belajar cara2 membuat Kek Lapis Sarawak...

Ini kat depan Kedai / Kilang Kek Sarawak Dayang Salhah.. Opposite jerkk ngan Hotel kami dok... Leh seberang sungai.. naik perahu..
Malam jalan2 kat area Sarawak Plaza.
Kawan hubby call nak datang jumpa.. so turun bawah diaorang bawa gi minum kat Semarak..
Balik mata memang dah ngantuk..coz esok hari nak bangun awal nak gi Serikin..
Seawal pagi hujan.. sampai la di Serikin pun masih ujan.. langsung tak bukak kamera.. uhukss..
Hubby aku jerkk ngan Nana beli baju F1..
Balik dari Serikin.. singgah di Pasar Satok.. beli Ikan Terubuk Masin.. RM20 untuk 6 ekor.. Aku memang tak suka dengan banyak garam.. so mintak budak yang jual tu buang garam.. memang sedapp.. !!
Jalan2 dalam Pasar Satok.. memang best sungguh tengok diaorang berjualan.. sungguh teruja ngan Lobster dan Udang Galah..
Ini namanya ketam batu.. ehhhhh... kita orang Islam leh makan ker.. yerkk???
Ini namanya green pepper.. tak sempat nak beli.. ambil gambar jerkk la..

Udang Galah nih memang mengiurkan.. kalau la aku lama lagi dah tentu aku beli bawak balik Putrajaya.. emppp.....

Ikan Terubuk.. beli yang 3 ekor = RM10 jerkk. dah siap2 suruh buang itu garam... karang terlebey masin suda..

Lobster yang masih idup.. 1kg RM70.. 1 ekor jerkk dah 1/2 kg.. bestnya... kalau dapat beli bawak balik.. uhuks..

Nana teringin sangat nak pegang Lobster yang masih hidup.. Bestnya kalau dok sini.. leh buat BBQ Lobster.. perghhhh.....!

Singgah membeli kueh Cincin yang MIL Pesan.. Da mahal la... 1 pek tu RM6.. pek kecik RM4.. ishhh.
Selepas Check Out.. kawan hubby tolong bawakan beg kami masuk dalam keter dia.. dia akan antar kat Airport nanti coz Avanza memang tak muat untuk beg dan kami.. uhukss..
Kami terus ke Jong's Crocodile Farm..
Aku dah tak larat dah nak jalan.. uhukss. penat sangat.. kamera pun dah tak larat nak pegang..
Setelah di Crocodile farm terus ke Taman Sahabat.. di sini banyak sungguh ikan2 dalam kolam.. bestnya bagi ikan makan.. beli RM1..
Ramai orang diwaktu petang..
Selepas tu terus gi makan di area Airport.. makan nasi beriani ayam.. sungguh menyelerakan.. laparrr!!!
Selepas bersantap kami terus ke airport.. masuk bilik air.. basuh apa yang penting.. salin baju.. baru fresh.. sementara menunggu kawan hubby datang bawa beg kami.. lepak di kerusi yang disediakan..
Check in AA.. terus masuk.. aku sempat lagi membeli minyak wangi.. kegemaranku.. Ralp Lauren.. la apa lagii.. ahaks.. RM135.
ahahahahaha...s emua pakat leka sampai panggilan nama terakhir ler kami.. AK5203 KCH ~ KUL (LCCT) 09:05 dan sampai di LCCT 10:30 awal dari jadual.. terus bawa beg ke Teksi kawan hubby..
Balik ke rumah .. dengan selamat...
Alhamdulillah perjalanan semuanya selamat dan rumah yang ditinggalkan pun dalam keadaan selamat.