KENANGAN DI HONG KONG

KENANGAN DI HONG KONG

Monday, July 31, 2006

Macaroni Goreng

MAKARONI GORENG

First time aku masak benda ni..
tapi hubby ngan anak2 aku amat kurang makan.. hehehee.. sebab hubby aku dok bayangkan benda yang ada kat Cik Sam... ishhh geli aku..
Resepi
1/4 peket makaroni (Direbus sampai lembut)
bawang putih + bawang besar (Dicincang)
1/2 biji buah tomato (didadu)
1 paha ayam (dicincang isi)
sayur campur
1 biji telur
Sos tomato + Sos Tiram + Sos cili
Lada Sulah + garam secukup rasa
Cara:
Tumis (Tomato + bawang+Paha ayam)
Masukkan Sos berkenaan
Sayur campur
Telur
Lada Sulah + garam secukup rasa
lastly masukkan makaroni tadi dan goreng hingga masak.. sesdap rasa.

ROJAK PETIS


Hemmm.. lamanya tak makan rojak buah kat Malaysia
Now summer boleh ler buat rojak petis coz buah2 banyak.. especially Plum, Nenas, epal hijau dan peach.

Ni ler rupa rojak petis aku..
Plum + Epal Hijau pun jadiikkkk

Menu Ari Sabtu

Balik dari Noryanjin Fisheries Market - sibuk mengemas kat dapur.. masak itu ini..
Kul 05:00 petang baru dapat makan.. Lunch (branch)

Menu:
Nasi Putih
Kari Udang + Timun Huma
Lala goreng cili hidup
Ikan Goreng rangup
Buah Tembikai

Resepi Kari Udang Timun Huma
15 ekor udang
1/2 biji timun huma
2 ulas bawang Putih (diblend)
1/2 biji bawang besar (diblend)
1/2 kotak kecil santan
1/2 peket Serbuk kari Udang / ketam / ikan masin (ADABI)
Garam secukup rasa

Cara:
Tumis bawang putih + bawang besar
bancuh Rempah dengan sedikit air
Masukkan setelah bawang kuning +

asukkan santan
dan air secukupnya
masukkan timun
bila mendidih masukkan udang + Garam secukup rasa.. pastu biarkan mendidih
Angkat setelah Timun empuk..
Lala Goreng Cili Hidup
Bahan2
1/2 kilo Lala
4 biji cili hidup
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
(Cili + bawang putih + besar di blend)
Garam secukup rasa

Cara:
Tumis bahan blend
Masukkan lala
Garam secukup rasa
biarkan lala terbukak semua dan angkat.







Banpo Gyo Banjir


Selalunya aku akan ke pasar bila ari Ahad.. tapi this week dah abih terus ikan2 kat rumah so ajak hubby gi pasar.. on the way nak ke pasar tu.. emmppp tengok Hang Gang penuh air.. sampai Jambatan bawah yg selalu we all guna tu ditenggelami air terus.. dasyat jugak hujan 2 ari tak henti2.. sempat gak aku snap gambar..

Hemmm.. gi pasar ingatkan banyak ikan.. ikan pun kekurangan.. udah ler mahal la pulak.. agaknya ribut taufan nelayan tak leh gi tangkap ikan kot..



Ni ler permandangan arah Jambatan 2 tingkat yang banjir..

Air penuh sampai tutup Han Gang Park ni..
Semua jamban bergerak diletakkan di tepi2 Olympic Express Way..

First time aku tengok banjir kat Korea ni secara live..




Ini pulak pandangan dari dekat Banpo Gyo ni.. tak nampak langsung jambatan tingkat bawah.. padahal jambatan ni 2 tingkat.. emppp air deras lak tu..

Friday, July 28, 2006

JENJALAN RUMAH STUDENT


Ni tatkala kami jenjalan gi salah sebuah rumah student Malaysia di sini.. sajer jer..

Ni hahh.. Mimi ngan Nana siap bertanding lukisan lagi..

Abg Phuk ngan Abg Blue jadi juri..





Ni hah.. yang sesama meriahkan rumah they all.. Abg Abu dan Abg JD.. heheheehe..
Minum air Teh O bujang jer.. nasib baik bawak Dunkin Donut kat diaorang ni.. rupanya lapar2 they all ni..

MENU BUKA PUASA

Sempena keberkatan bulan Rejab ni aku puasa la semalam.. tapi ini puasa ganti dulu..hehehe ada lagi 2 ari lagi..

Menu: Nasi Putih + Siakap Kukuh + Sup Fish Ball + Sotong Goreng Tepung

Siakap Kukus
1/2 ekor Siakap
2 batang serai
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
3 inci Halia
Daun limau purut
air asam / lemon jus
Sos Tiram
Garam secukup rasa

Cara:
masukkan semua dalam bekas.. dan kukus

Fish Ball Sup
1 biji bawang putih
7 biji Fish Ball
Brocoli
Kubis Cina
Soon + Pucuk
Lada Sulah
garam Secukup Rasa

Cara: Tumiskan bawang putih.. masukkan air bila mendidih masukkan fish ball, soon + pucuk, lada sulah.. pastu kobis cina, brocoli + garam secukup rasa..

Sotong Goreng Tepung
Aku guna yang ready made..
just goreng
sos pun ready made.. mudah. saja


KESIAN PUT


Ni hahh.. Si Put..ni.. lapar..pantang nampak orang lintas.. mesti dia menjerit.. nganga mulut.. hehee.. dah tu bila makan pastu berak...

emmppp.. Put.. keciann dia..

Thursday, July 27, 2006

Arini Puasa


harini aku puasa ganti..hehheeh.. ada lagi 2 ari lagi jer..
Pastulak suasana hujan lebat seharian ni.. teringat ler nak makan cam2.. ituler nafsu orang berpuasa.. ni..

Teringat nak makan Mee Hailam.. tapi mee tak buat pun..hehehe nak bodek hubby ler malam ni nak suruh tolong mesin mee..

Wednesday, July 26, 2006

Tomyam Style

Semalam aku masak ala2 cam kat kedai Tomyam yang kami selalu order.. ahaks

Antara menu Makan Malam semalam:

Nasi Putih
Tomyam Udang
Telur Bungkus
Ikan Siakap Korea - Masam Manis
Jus Tembikai


Siakap Masam Manis
1/2 ekor ikan siakap digoreng

Sos Masam Manis
a. 2 ulas bawang putih dicincang
b. 1 biji bawang besar dicincang
c. 1/2 biji tomato dipotong dadu
d. 1 sudu cili kering yg telah diblend
e. 3 sudu sos tomato
f. 1 sudu sos tiram
g. Gula secukup rasa
h. Garam secukup rasa
i. Lemon untuk hiasan

Cara:
Tumiskan bahan (a~f) ~ masukkan gula + garam secukup rasa..
Angkat dah hiaskan dengan lemon dsb

Tomyam Udang

Bahan2:
1 pek segera Tomyam Kong
2 batang serai
daun limau purut
Udang Fresh
Tomato 1/2 biji
bawang besar
Garam
lemon
gula- sikettt jer tau..

cara2:
Rebus jer semua bahan2 tadi.. ahaks..jadi ler.. then rasa secukup rasa..


Telur Bungkus
Bahan2
2 biji telur

inti
Bawang putih + bwg merah - cincang
mix vegetables
1/4 biji tomato - dipotong dadu
Daging cincang - suka hati nak banyak mana
sos tiram
sos tomato
gula
garam

Cara buat inti:
tumis bawang2 tu
masukkan daging.. masak agak2 masak masukkan mix vegetables.. sos tiram, sos tomato, gula + garam secukup rasa..

Kulit:
pukul telur cam nak buat telur dadar.. hehehe..
agak telur masak.. masukkan inti tengah.. lipat 4 segi
telangkupkan pinggan dalam kuali.. dan terbalikkan..sure jadi.. hahaaha..

PUT PUT


Ini ler anak burung yang tercicir atas bumbung keter hubby aku.. so bawak naik atas rumah.. kesian dia kami letak dia dalam Dragon Fly Case..hehehe..
Nama dia Put Put.. sebab dia suka berak.. dua kali.. Put Put.. hehehee.. Mimi ngan Nana yang bagi nama ni.. malam tu siap we all keluar gi cari pisang dan teringat nak belikan sarang tapi memandangkan harga tak menarik.. so postpone dulu ler.. So far Put Put cam tak boleh nak terbang jer.. ciannya dia..
Dah 2 ari dah ada dalam rumah we all terbang pun asyik jatuh jer..


Hai Put Put.. kalau kor dah boleh terbang sure hubby aku lepaskan kor.. kesian lak anak burung kehilangan ibu ni.. nak makan bukan main nganga lagi.. suap 1X diam.. pastu bunyi lak..


Tapi pagi ni Put Put cam diam jer.. sakit ker.. risau aku.. t/harini pun balik suara tak dengar sangat.. dok diam jer.. asyik dok berak jer..

Iniler Dragon Fly hasil tangkapan Mimi ngan Nana.. lastly the next day tu penuh taik Dragon Fly.. so depa pun geli nak tangkap lagi.. kahahaahaha




Ni ler permandangan masa kami keluar cari sangkar Put Put dan Pisang Put Put.

Monday, July 24, 2006

Full House

Lepas gi Aiinsworld tu we all gi tempat Shooting Full House..Saper minat Bi Rain.. & Song Hye Gyo.. ni ler nak citer we all gi dah tempat ni.
Kitaorang naik ferry.. kat Incheon.. ferry ni special boleh bawak keter sekali.. emmppp bayaran satu keter ni KRW26,000.

Nak Masuk Full House pun kena bayar KRW3,000 (Adult) KRW2,000 (Child).

So tempatni pun menarik gak kalau bawak sedara kalau datang sebab dengar khabar Orang Malaysia suka bangat dengan Drama Full House ni.. pasai Bi Rain.. tu fames kat sana.. ahaks.. Kalau tak mendung sure permandangan kat tepi pantai ni cantik sangat.. ni sebab Mendung ni.. yang kelabu taik asap ni.. ishhh.. tapi tak per at least we all dah tau dah tempatnyer.. nenanti boleh ler datang lagi..


Mimi bergaya dengan basikal dalam Drama Full House. Emmppp..

Kawasan rumah dan dalam rumah tidak berubah langsung.. sekarangni dimajukan untuk pelancongan. Bagus orang Korea ni.. semua nak buat duit..



Emmppp Posing sakan Mimi ngan Nana ni.. bergambar kenangan kat tepi pantai Drama Full House..

Ok la kat pulau ni pun ada gak Bunglo Drama The Sad Love Story.. aku tak pernah tengok pun citer tu.. tapi rumah dia memang class.. cantik.. tepi laut.. cuma permandangan ari tu tak best kelabu asap.. sebab ari mendung dan ujann..

Next time nak gi Pulau tempat Drama Spring Waltz la pulakk..hehehee..
Second time pi pulau2 Korea ni.. 1st Nami Island - Filem Winter Sonata..

AiinsWorld


Arini kami ke Aiinsworld..kami pi round the world dalam masa tak sampai setengah hari.. ahakss.. kat Bucheon.. lebih kurang 45 minit dari Rumah.. kami pi 2 biji keter.. 1 keter dari Pusan.. MISC group..

Aku buat sandwich ngan bihun goreng jer.. buat alas perut masa di sana..
Ni ler Mimi ngan Nana tak sabar nak masuk nak tengok KLCC yang tersergam indah tu..
First time ler we all ke sini..

Mula perjalanan tu cuaca hujan on off jer.. hemmm.. memang Korea diramalkan minggu ni hujan satu minggu.
Navigator lak tak berfungsi nasib baik bebudak ni ada print map.. so ikut jer la map tu.. nasib baik tak sesat...

Emppp best la pusing dalam Aiinsworld ni.. mengkalu sedara datang nanti boleh ler bawak ke sini.. bersebelahan tu ada tempat shooting ala2 studio.. bina bangunan sendiri dan siap ada stesen keretapi untuk shooting..
Emppp tengok la permandangan dalam Aiinsworld ni..









Tengok ler gambar Mimi ngan Nana kat tengah kota New York.. emmppp best sempat rehat kat sini.. walaupun hujan renyai.. tapi tempat ni siap bagi payung kat we all..

Best arr tempat ni..

BIRTHDAY AKU 10.7

Ini la gambar Kek Bday aku.
Buat sendiri jer.. Kek Chocolate.

COEX Aquarium
Arini aku cuti.. plan nak sambut bday.. cuaca pun agak mendung of sure hujan turun.. so gi celebrate kat Indoor jer la..

First time masuk sini.. Emppp..Ni ler kenangan kami masa bday aku tahun ni.. memang we all plan nak gi Carribean Bay, Everland.. tapi hujan so tak best arr.. next time..

Ni masa we all lepak2 lepas tengok ikan2 dalam aquarium.














DINNER CELEBRATE B/DAY - INTERCONTINENTAL COEX SEOUL
Arini hubby aku belanja kat sini..hehehee.. sempena dia menang tournament Tennis ari tu.. antara Diplomat kat Grand Hyatt Seoul. We all dinner kat Brasseri room. Makanan sini sedap banyak sea food ada Japanese food, Korean Food, Western Food dan ada promotion Mongolian Food. Tu yang best tu.. ada lobster, sushi, kegemaran kami. Nana & Mimi bukan main lagi suka dia.. makan Ais krim Haegen Dazz.. Green Tea.. Diaorang ni selang seli makan ais krim..