KENANGAN DI HONG KONG

KENANGAN DI HONG KONG

Sunday, June 25, 2006

SEOUL GRAND PARK



Hari ni kami sekeluarga pergi Seoul Grand Park. Zoo dan Rose Garden.
Selepas
Zohor kami bertolak lebih kurang 16 km dari Embassy. Hari jalan clear jer.. so sampai di sana lebih kurang kul 2:00 petang..





Naik Sky Lift terus ke Dolphin Show.


Tiket masuk : KRW21,000 Pakej
Dolphin Show : KRW4,000



Rose Garden : KRW6,000

Arini best arr sebab cuaca pun tak ler panas sangat..
Puas bergambar la arini.. kat Rose Garden..
Bateri Kamera pulak KONG.. Ishhh..
terpaksa la guna Video Camera..



Kul 8:00 malam baru bertolak balik dari Seoul Grand Park. Singgah Foreign Mart beli Ayam.
Balik terus gi makan Korean Food.. Al-Daegu Tang.. Kenyang..

Balik rumah.. rileks.. esok kerja.. ma..

Monday, June 12, 2006

Nasi Paprik

Harini aku masak ala2 restoran la pulak..

Makan Malam:

Nasi Paprik
Air kosong
Buah HD Korea



Malam aku prepare Kimbap lagi untuk Mimi nak gi Picnic esok di Children Grand Park..

Esok nak bangun pagi buatkan Mimi Sandwich Tuna.. lak.. malam ni nak tengok Bola FIFA..

Inilah rupanya Honey Due Korea ni..








Sunday, June 11, 2006

Kimbap ooo Kimbap


Aku baru jer lepas buat Kimbap.. ahakss.. lama dah tak buat..


Bahan-bahan untuk buat Kimbap:
2 cup Beras Korea
(dimasak cam masak nasi.. letak garam sikit)

Minyak Saseme (dicampur dengan nasi yang telah masak)

1 peket Roasted Laver (Seaweed)

Bahan-Bahan Tengah Nasi
Tuna (isi sahaja + lada sulah + Mayonis)
1 batang Karot (dipotong panjang)
1 biji timun (dipotong panjang)
Crab Stick
Long Yellow Radish
Saseme Leaf

Cara-cara:

Gaulkan nasi yang telah masak dengan minyak Saseme.
Letak atas Roasted Laver
Pastu susunlah bahan2 tengah nasi
Gulung dengan menggunakan bahan untuk menggulung ..
aku guna cam blind tu.. dibuat dari buluh.. sure ada kat JJ..




Inilah rupa kimbap aku..
Nak rasa?
Tunggu aku balik for good.. aku buat house warming.. aku jemput korang datang.. ahakss..

Dah abih dah 4 batang kimbap aku ..
2 batang aku bagi Jiran aku.. coz diaorang tak pernah makan lagi.. baru jer posting..




HARI BUAT MEE

Harini hujan lagi.. ingat nak ke Seoul Grand Park.. nak gi Rose Garden.. Empp tak sampai gak hajat Eden ni..
So lepak kat rumah.. teringin lak nak buat Mee Kuning.. so nasib baik hubby aku pun rajin nak tolong mesin..
Aku uli ler 1kg tepung.. pastu 1kg lagi.. tak boleh uli banyak2 kg tak larat..

Pastu younger daughter aku lak request mee goreng..
Eldest lak nak mee lakna.. amboiii.. ingat ni gerai makan ka..
Tak sampai ati lak aku nak kata tak boleh.. so aku pun buat ler..

Siap jer siang taugeh ngan hubby aku.. pun buat ler yang direquestkan tadi.. hehehehe
nak tayang gambar sikit.. sesapa tengok ni janganla meleleh lak air liur yerrr...

Nana makan siap tambah 4 times..
Mimi abih 1 mangkuk..

Petang ni ingat nak buat Kimbab.. nanti aku pastekan gambar Kimbab lak yer.. hehehe

Ni ler place mate diaorang.. sorang suka princess.. sorang suka Sweet Mary..

Petang ni pun cam mendung jer.. malas nyer hubby aku nak keluar jalan.. emmppp dok rumah jer la..sebab semalam pun dah abih duit dah.. ahaks.

JALAN-JALAN CARI MAKAN


Arini hujan jer..
Aku bengang gak ngan hubby aku.. nak ajak gi COEX pun tak nak.. sayang nak gerak keter takut kotor.. eiiiii

Kul 5:00 lepas Asar we all ngan HOC gi Bus Terminal .. nak gi makan Japanese Food.
So gi makan kat Kedai Japanese dalam Shinsage Department Store tu..

Aku makan Udong ngan Set Tempura...

Mimi ngan Nana makan Udong & Sushi..

Emmppp boleh tahan sedap gak makan kat kedai ni..

2 set ni kami makan KRW17,000

Lebih murah dari kedai biasa..

Gambar ni pun diambil setelah kami makan dah setengah.. heeeheh..

Pastu jalan2 kat Bus Terminal.. aku membeli la jugak "Cake Place".. lama dah aku mengidam coz yang kat Malaysia tak terbawak masa datang ari tu.. hubby aku just hmmm jer..

Pastu gi Kedai KRW1,000 beli hadiah Kawan Mimi yang nak buat birthday party ari Rabu ni.. Last day for 3rd Grade..

Ini lak gambar masa we all singgah kat Lotte Hotel, coz HOC aku nak jumpa ngan group WP yang datang meeting sini..

Aku ngan Mrs. HOC just stay in car.. Hubby aku jer keluar jalan ngan girls aku..

Ini lah sepat they all possing dalam Lotte Hotel..

Depan Flower replika

Balik terus mengadap TV layan FIFA .. England vs Paraguay.. 2-1..

Aku tertidur.. hubby aku lapar dia sendiri2 ler cari apa2 yang patut kat dapur..

Saturday, June 10, 2006

Mimi's Classmate..


Anak aku yang eldest ni dah 3rd grade.. next semester dah 4th grade ler..

Gambar2 ni diambil masa Graduation Nana.. semalam.. hemmm diaorang tengah main ngan teacher 3rd grade Ms. Rachel.. nak balik for good dah this year .. From Canada.. single lagii turr..


Ni kengkawan dia Vera - Taiwan, Esther - Korea, Emily - Korea, Lubna-Oman..Hanna-Korea (6 orang jer girls kelas dia)

Ini lah Ms. Rachel.. 3rd grade ada 18 orang (6 girls + 12 Boys).. Mimi sorang jer Malaysian..

So far dia ok jer.. kengkawan dia pun rajin datang rumah..

Diaorang tengah main "circle game"...

Friday, June 09, 2006

NANA's Graduation Day


All Parents member and Nana's Friends..

Arini aku Cuti Rehat.. coz join kelas Nana gi picnic kat Children Grand Park..



Nana like a Butterfly..


Nana with Ibu..

Nana with Ayah.. (tengah tension .. laparrrr)...

Play time..

Berlari.. sakan..


Kenangan Kami bersama..

INi la anak aku yang younger ni.. 22nd August ni dah naik 1st grade..

Monday, June 05, 2006

Sabtu & Ahad

Sabtu - 2 Jun 2006

Majlis Sembahyang Sunat Hajat dan Forum Perdana
"Ilmu dikendung, Cinta dikelek" - Anjuran Kelab Umno Korea dan PPMK

Diaorang datang masak memasak kat rumah aku..

Menu:
nasi lemak
sambal Sotong kering
sambal ikan bilis
Telur rebus..
Timun
Keropok ikan

Buah Tembikai
Kek
Air Sirap

Meriah jugakk majlis diaorangni.. tapi yang penat aku ler..


Ahad - 3 Jun 2006

Arini aku masak Laksa Penang dan buat Sambal Sotong lagi..
Kita orang buat makan2 kat rumah HOC sini nak meraikan keluarga yang datang dari Malaysia.. so aku share ler ngan diaorang.. joint together-gether..hehehe..

Menu :

nasi lemak
Sambal Sotong
Sambal Ikan Bilis
Ayam Goreng berempah
Paru Goreng berempah
Timun dan Telur Rebus

Laksa Penang
Kuih muih
Sirap Bandung
Buah Tembikai

Penatt.. aku sejak 3 malam start from Friday ~ semalam tidur tak tau nak habaq... memang hanyut..