KENANGAN DI HONG KONG

KENANGAN DI HONG KONG

Sunday, May 21, 2006

Sabtu & Ahad

Sabtu : 20 May 2006
Pagi antar Nana ke rumah Mrs Wahab.. Nana tak ikut ke Namdaemoun. Mimi nak beli baju. Nana tinggal di rumah Mrs Wahab. So aku ngan Mimi pun membeli belah baju yang agak murah la berbanding dengan Tongdaemoun... Kami select baju yang harga yang paling rendah.. heheheh nasib baik la ada size Mimi..

So balik jer hubby aku dah ada kat rumah Mrs Wahab.. siap makan nasi lagi.. kat situ.. amboiii lega..

Jam 3:30 petang bertolak ke Padang Bola kat tepi Hangang Park.. kat Appujong.. emppp They all ni kalah lagi.. 2-5.. apara...

Petang diaorang ikut balik rumah.. goreng karipap.
Malam masak nasi ikan bakar. Bakti buat Sambal air asam.. sedap tak terkata.. masak kari ikan. sayur tauge. Ulam timun. Fuhhh...

Jam 10:00 malam start buat mee kuning. 2kg tepung.. siap sepenuhnya jam 11:30 malam.

Diaorang karaoke..

Ahad: 21 May 2006
Arini aku goreng Mee untuk sarapan pagi. Masak nasi putih lauk sambal sardin + telur dadar + kari ikan semalam + sayur tauge ngan Kobis.

10:00 bukak pintu ofis diaorang ada training menari.. Sembang2 ngan Kak Yati..

Petang ke Majlis BBQ Pelajar di Dongyang Technical College, Kochok-dong, Guro-gu, Seoul..

Meriah..

Tema tahun ni.. "Makan Sampai Kenyang".. Tahniah PPMK kerana dah buat 2 x majlis yang gilang gemilang.. bukan setakat bakal engineer jer diaorang ni.. berbakat besar masauk AF.. ahaksss....

Terima kasih Daun Keladi .. kepada pemberi2 cokelat yang kiut miut ni..

Ini kenangan aku dengan hubby mas Fiesta BBQ 2006 Anjuran Biro Kebudayaan PPMK ~Pakai baju merah memeriahkan majlis~.. ahakss..





No comments: