KENANGAN DI HONG KONG

KENANGAN DI HONG KONG

Wednesday, March 16, 2011

Seoul Trip 24 Feb ~ 01 March 2011 - Part 5

Jisan Ski Resort - 28 Feb 2011 (Isnin)

Seawal pagi 830 - Tourist Mageret dah sampai kat hostel - Kami berbincang untuk 1/2 day ski resort then ke Gyengbokgung Palace seterusnya ke Seoul Tower. 

Ok setelah berbincang kami perlu bayar KRW63,000 untuk kesemuanya.

Perjalanan dari SeoulHostel ke Jisan SKi Resort mengambil masa 45minit. TIme memang dah kurang salji.. rasanya last day ski resort nih beroperasi.

sesampainya di sana kami kena sewa baju dan google. (aku rasa cam tak perlu jerkk google tu) tapi Si Margeret tu suruh rental jugakk.. ).. 3 item = KRW30,000.

Ada masalah nak sliding kat situ.. AJushi sorang nih tak kasi.. adoiyaii.. lastly baru la kami boleh sliding kat Slope. Puas la bergolek sakan.. action jerkk lebey! ahaks..

Aku puas jadi camerawomen..

Sebelum jam 1pm.. kami dah siap.. makan bagai.. semua kasut basah.. dah bersalai stokin2 semua kat unggun api..

Perjalanan ke Gyeongbokgung Palace Aroun 1 jam.. coz jalan jem.. semua pakat lena.. best.... sampai ada yang berbunyi.. ahaks..

Tour dalam Palace pun best.. time kami sampai ada pertukaran hulubalang.. Alhamdulillah semua orang pakat dapat tengok upacara tersebut. Dapat bergambar dalam Palace..

Akhirnya kami menujuk ke Seoul Tower..d apat masuk ke Musium Teddy Bear dan tempat KUnci2 banyak cam dalam citer Awan Dania tuh.. ahaks..

Perjalanan sampai di sini..OTW kami singgah ke Namdaemoun..dan terus balik Hostel.

Malam nih semua pakat kemas barang.. esok pagi nak pergi shopping for last day in Seoul.

Monday, March 14, 2011

Seoul Trip 24 Feb ~ 01 March 2011 - Part 4

27 Feb 2011 (Ahad) - Yang sedey... (Hujan Seharian)

Ehhh lupa nak citer hal semalam..

Masa kami lalu lorong pagi - ada sorang Ajushi tu jerit " Jaaaaaa" coz kami agak noisy..
Huishhhh ..... masa tu semua orang terdiam.. jalan laju,.. Yati sampai terjatuh dia nyer shall.. uhukss..
Kesian kat kami kena marah..

Arini semua program tak menjadi.. nak naik Seoul Tower tak leh.. Cable Car tak operate.. coz hujan dan angin. 1 group ke Lotte World..

Group aku tak nak pergi.. kami decide nak gi makan korea food kat area Soonchunyang Hospital di mana tempat aku selalu dok makan.. Ojingo Top up..

kami punnaik teksi ke tempat tersebut.. malangnya Sunday dia closed!
Terus jalan kaki meredah hujan.. masa nih la tapak kasut aku lekang.. uhukss..
Naik bas 111 terus ke Itaewon makan Halal Food di situ..

Hujan lebat.. dgn perut lapar.. setia menunggu.. makanan yang diorder.. sesambil fikir ke mana lakk hala tujuan.. ke Undergroud - ekspress bus terminal.. yes!

Ekspress Bus Terminal - Dari Itaewon kami teruskan perjalanan naik subway turun subway.
Di sini memang best kalau nak shopping.. banyak pilihan dan banyak lelongan.. heheheh cuma nak pandai cari jerkk.. jauh jugak kami berjalan 2 hala..

Kami decide jumpa semula jam 630 Korea..
balik terus ke Hostel disebabkan basah kuyup tadi.. berdoa sangat jangan sampai ada yagn demam..! uhukss.
Otw balik singgah belikan jagung ball kat JOgno-3ga.. sedapp.. memasing suka.. !

sekali jalan semua senyap!!!

Malam lepakk jerkk.. coz nak prepare esok nak gi Ski Resort.. dan planning nak gi Seoul Tower semula dan Palace -

Seoul Trip 24 Feb ~ 01 March 2011 - Part 3

Namdaemoun - Itaewon

26 Mac 2011 (Sabtu) - Hari ini kami bergerak lambat sedikit dari hari semalam kerana memasing letih kaki berjalan seharian di Nami Island..

Menuju ke Namdaemoun Market  tempat orang2 Malaysia dan serata alam membeli accessories especially brooches "made in Korea"..

Hampir 1/2 hari berada di situ tak sedar masa berlalu dengan patas.. antara kami berpecah.. ada 3 bangunan bersambung dari Accessories hingga ke material dan c/mata.

Di kawasan ini juga terdapat banyak bangunan2 yang menjual pelbagai barangan - imported market dan pakaian, kasut dan beg.  Ada yang tidak melepaskan peluang mencari baju kanak2 dan baju2 dewasa yang amat berpatutan harganya.. yang maha penting tidak terdpt di Malaysia. hehehehehe

Selepas kepenatan semuanya..
Kami bergerak ke Itaewon untuk menikmati makan (branch ke apa tah.. dah dekat petang baru rasa perut lapar.. ).. shopping tak hengat!!!

Kami memasuki Restoran Usmania.. (sekarangni Restoran Usmania terletak di tkt.3) di bangunan yang sama.
Semua dengan laparnya memesan makanan.. Perghhh tak terkata semua menikmati makanan.. Kenyang - Alhamdulillah.

Menuju pulang singgah ke Kedai HardRock Cafe - Seoul... Hampehhhh!!! dah tutup.. katanya illigal.. sabarjerklla

terus menuju ke kedai Ajumma sourvineur - beli baju T'shirt untuk c/hati buat keluarga. Rupanya di masih ingat aku lagi.. hehehehehe..

Semua dah kepenatan.. sarat dengan muatan dalam beg hasil shoppingan tadi./.. pakat decide nak balik naik Cab.. so sharing 4 orang for 1 cab..

Looking for tomorrow.. jalan2 ke Seoul Tower..

Malam - buat discussion berkenaan dengan ski tour.

Friday, March 11, 2011

Seoul Trip 24 Feb ~ 01 March 2011 - Part 2

25 Februari 2011  - Nami Seoum (Pulau Nami)

Seawal 800 pagi kami dah keluar dari Seoulhostel.. berjalan kaki menyusuri jalan2 ikut direction yang diberikan ke Toppgal  (Pagoda Park). Tujuan ke sini adalah untuk menaiki bas ke Nami Island. Kosnya adalah KRW23,000 pergi balik including Tiket Feri ke Nami Island.

Sepanjang perjalanan kami singgah di buy the way, Family mart, dan beberapa convinience store untuk dapatkan T-Money (Kad Perjalanan Bas - Subway - Teksi dan jangan terkejut boleh jugak untuk membeli barangan di kedai2).. hehehehee..

Kos untuk 1 T-Money = KRW2,500 atau KRW3,000 (Depend pada jenis Kad ).
Selepas beli tu kami semua pakat Top up KRW10,000 untuk tujuan perjalanan subway - bas dan teksi.

Malangnya sampai di Pagoda Park tu nampak dah bas ke Nami Island.. tapi seat hanya ada untuk 8 orang sahaja.. mana boleh kami ada 16 orang..

Aku dok tunggu diaorang ni lambat betul jalan.. upenye dok bergambar sakan kat depan pintu masuk palace..! chaih!

Plan B - kami setuju untuk sama2 mengharungi cabaran menaik subway ~ Train ~ bas ke Nami Island.
Nami Island adalah terletak di Gangwon Province lebih kurang perjalanan 2 jam dari Seoul Hostel.

Perjalanan pertama.. berjalan kaki ke Angguk Station.. padahal lupa yg Jogno 3-ga lebih dekat.. hehehee..
Jalan kaki about 7 minit sampai di subway.. ambil line Oren terus ke Chungmuro ~ dari Chungmuro ambil Cheongyangni (Exit 4) keluar dari subway.. dan terus ke Terminal Train Cheongyangni - Jumpa dengan subway information - terus dia bagi map perjalanan dari Cheongyangni subway station ke Gapyeong Station..

Dengan menggunakan T-money kami meneruskan perjalanan ke Gapyeong.. Train ni melalui kawasan bukit2 dan sangat cantik permandangan di mana salji meliputi sesetengah kawasan bukit dan pergunungan.. sungai2 beku dan aliran2 juga turut membeku.. sangat cantik.. tapi malangnya train ini menjadi tanda tanya kami semua.. "Kenapa Ramai sangat orang2 tua?" hehehehee..

setelah hampir 1 jam perjalanan kami sampai di Gapyeong station.. (Station baru).. terus tanya information berkenaan dengan cara ke Nami Island.. Rezeki kami.. bas dah tersedia ada.
Semua pakat naik bas.. alhamdulillah guna T-money (mesti touch masa naik dan mesti touch balik masa turun)

Lega.. tak sampai 10 minit sampai di entrance Nami Island untuk menaiki Feri. Beli tiket

Kos Subway = KRW3000
Kos Bas = KRW200
Kos Tiket feri dan entrance = KRW8000

(Sangat untung daripada naik bas tour)..

Time break - yang nak gi toilet silakan..

Feri ke Nami Island,...walaupun hari sejuk.. ramai jugak yang datang ke sini..
Sampai jerkk ramai yg bergambar sakan.. hehehehe

banyak perubahan dah dilakukan di pulau ni.. sangat menarik!
Ada yang berbunyi perut dah lapar tak sabar nak makan Nasi Kocak.. hehehee
mana dapat Nasi Kocak?? dari cerita Pulau Nami ehhh Pulau Mawi.. uhusssss

So sesambil jalan sesambil ambil gambar.. sempat jugak aku rewind peristiwa2 lama di sini.. ahaks.
kenangan bersama keluarga yang datang dan kenangan shooting di sini dulu.. teringat anak2 yang suka main kejar2 di sini dan makan beramai2 ketika melawat di pulau nami lebih kurang 4 tahun yang lalu.. masih kekal di ingatan.. INsyaAllah..

Sampai di satu2nya restoran yagn ada tanda HALAL.. ya tentnya Menu Nasi Kocak..
KRW4,000  + Sup Odeng = KRW2,000

Aku tak kocak punnasiknya.. malas nak kocak.. so kacau2 jerkk..
Nasi + Kimci dan Sebiji telur yang diletak dalam bekas tin 4 segi. (ala2 camping) dan di panggang atas api.. bila nak makan ambil glove dan kocak2 baru bukak tin tersebut.. hehehehehe

ALhamdulillah semua dapat makan dengan kenyang dan tanpa was2..

Seronok pengalaman di Nami Island.. macam2 gaya kami ambil gambar.. masa ni dah tak ingat dah orang tersayang di Malaysia.. Let's enjoy!

Yang best ada orang excited nak ambil gambar antu titik.. hahahahahhaa

AKu sempat pekena Hot choco.. peberet Mimi dulu dengan Nana..

Perjalanan balik seperti biasa.. kami ambil Teksi ke Gapyeong (1 Teksi = 4 orang)
KRW3,000

Balik terus menuju ke Thongdaemoun Stadium.

Seoul Trip 24 Feb ~ 01 March 2011 - Part 1

Tak terpikir nak datang semula ke Seoul setelah meninggalkan Bandaraya tersebut pada 3.4.2007 lalu.  Alhamdulillah dengan penerbangan AirAsia pada 24 Februari 2011 jam 155 petang selamat kami tiba di Incheon International Airport, Seoul pada 2135 malam. 

Kali ini aku pergi bersama kawan dan kenalan seramai 16 orang (kesemuanya Perempuan) hihihi..

Setelah semuanya selesai dengan bagasi masing2. Beli tiket bas ke Angguk, untuk sampai ke SeoulHostel yang telah dibuat tempahan online.

Tiket bas = KRW10,000
Bilik Twin Sharing SeoulHostel = KRW45,000 X 5 malam

Alhamdulillah bagus betul orang Korea nih.. kami beratur naik bas Ajushi siap tolong masukkan bagasi dalam perut bas.. terkejut jugak dia mulanya kami seramai 16 orang.. hehehehee

Biilk check in semuanya ok.. selamat sudah..
Cuaca amat sejukk.. around -5 gitu..

Esok pagi semua orang kena bangun awal coz 1st visit of coz ke Nami Seoum (Nami Island) atau sekrang dikenali sebagai Pulau Mawi..hehehehee