KENANGAN DI HONG KONG

KENANGAN DI HONG KONG

Friday, March 11, 2011

Seoul Trip 24 Feb ~ 01 March 2011 - Part 2

25 Februari 2011  - Nami Seoum (Pulau Nami)

Seawal 800 pagi kami dah keluar dari Seoulhostel.. berjalan kaki menyusuri jalan2 ikut direction yang diberikan ke Toppgal  (Pagoda Park). Tujuan ke sini adalah untuk menaiki bas ke Nami Island. Kosnya adalah KRW23,000 pergi balik including Tiket Feri ke Nami Island.

Sepanjang perjalanan kami singgah di buy the way, Family mart, dan beberapa convinience store untuk dapatkan T-Money (Kad Perjalanan Bas - Subway - Teksi dan jangan terkejut boleh jugak untuk membeli barangan di kedai2).. hehehehee..

Kos untuk 1 T-Money = KRW2,500 atau KRW3,000 (Depend pada jenis Kad ).
Selepas beli tu kami semua pakat Top up KRW10,000 untuk tujuan perjalanan subway - bas dan teksi.

Malangnya sampai di Pagoda Park tu nampak dah bas ke Nami Island.. tapi seat hanya ada untuk 8 orang sahaja.. mana boleh kami ada 16 orang..

Aku dok tunggu diaorang ni lambat betul jalan.. upenye dok bergambar sakan kat depan pintu masuk palace..! chaih!

Plan B - kami setuju untuk sama2 mengharungi cabaran menaik subway ~ Train ~ bas ke Nami Island.
Nami Island adalah terletak di Gangwon Province lebih kurang perjalanan 2 jam dari Seoul Hostel.

Perjalanan pertama.. berjalan kaki ke Angguk Station.. padahal lupa yg Jogno 3-ga lebih dekat.. hehehee..
Jalan kaki about 7 minit sampai di subway.. ambil line Oren terus ke Chungmuro ~ dari Chungmuro ambil Cheongyangni (Exit 4) keluar dari subway.. dan terus ke Terminal Train Cheongyangni - Jumpa dengan subway information - terus dia bagi map perjalanan dari Cheongyangni subway station ke Gapyeong Station..

Dengan menggunakan T-money kami meneruskan perjalanan ke Gapyeong.. Train ni melalui kawasan bukit2 dan sangat cantik permandangan di mana salji meliputi sesetengah kawasan bukit dan pergunungan.. sungai2 beku dan aliran2 juga turut membeku.. sangat cantik.. tapi malangnya train ini menjadi tanda tanya kami semua.. "Kenapa Ramai sangat orang2 tua?" hehehehee..

setelah hampir 1 jam perjalanan kami sampai di Gapyeong station.. (Station baru).. terus tanya information berkenaan dengan cara ke Nami Island.. Rezeki kami.. bas dah tersedia ada.
Semua pakat naik bas.. alhamdulillah guna T-money (mesti touch masa naik dan mesti touch balik masa turun)

Lega.. tak sampai 10 minit sampai di entrance Nami Island untuk menaiki Feri. Beli tiket

Kos Subway = KRW3000
Kos Bas = KRW200
Kos Tiket feri dan entrance = KRW8000

(Sangat untung daripada naik bas tour)..

Time break - yang nak gi toilet silakan..

Feri ke Nami Island,...walaupun hari sejuk.. ramai jugak yang datang ke sini..
Sampai jerkk ramai yg bergambar sakan.. hehehehe

banyak perubahan dah dilakukan di pulau ni.. sangat menarik!
Ada yang berbunyi perut dah lapar tak sabar nak makan Nasi Kocak.. hehehee
mana dapat Nasi Kocak?? dari cerita Pulau Nami ehhh Pulau Mawi.. uhusssss

So sesambil jalan sesambil ambil gambar.. sempat jugak aku rewind peristiwa2 lama di sini.. ahaks.
kenangan bersama keluarga yang datang dan kenangan shooting di sini dulu.. teringat anak2 yang suka main kejar2 di sini dan makan beramai2 ketika melawat di pulau nami lebih kurang 4 tahun yang lalu.. masih kekal di ingatan.. INsyaAllah..

Sampai di satu2nya restoran yagn ada tanda HALAL.. ya tentnya Menu Nasi Kocak..
KRW4,000  + Sup Odeng = KRW2,000

Aku tak kocak punnasiknya.. malas nak kocak.. so kacau2 jerkk..
Nasi + Kimci dan Sebiji telur yang diletak dalam bekas tin 4 segi. (ala2 camping) dan di panggang atas api.. bila nak makan ambil glove dan kocak2 baru bukak tin tersebut.. hehehehehe

ALhamdulillah semua dapat makan dengan kenyang dan tanpa was2..

Seronok pengalaman di Nami Island.. macam2 gaya kami ambil gambar.. masa ni dah tak ingat dah orang tersayang di Malaysia.. Let's enjoy!

Yang best ada orang excited nak ambil gambar antu titik.. hahahahahhaa

AKu sempat pekena Hot choco.. peberet Mimi dulu dengan Nana..

Perjalanan balik seperti biasa.. kami ambil Teksi ke Gapyeong (1 Teksi = 4 orang)
KRW3,000

Balik terus menuju ke Thongdaemoun Stadium.

2 comments:

eKa said...

assalamualaikum...saya nak tanya ttg route ke nami island...saya plan nak gi dec ni...saya ada baca kat forum...dia kata


seoul station > cheongyangni station

then dari situ amik trin ke gapyeong

sampai gapyeong amik teksi utk ke jeti nami tu...


tp bila baca yg awk nya ni saya dah get confuse.ke....dia mmg byk route...tlg ye...confuse

MasMohaz said...

Memang ada 2 train.. we all ambil train biasa yang boleh guna TMoney.. bila sampai kat Cheongyangni station tu nanti naik eskalator belah kiri boleh tanya dgan orang kat situ..