KENANGAN DI HONG KONG

KENANGAN DI HONG KONG

Sunday, February 22, 2009

13th Anniversary
First World Hotel, Genting Highland











23 November 2008
BERKELAH AIR TERJUN JUNJUNG, KULIM
Seronok sesekali pergi berkelah bersama keluarga..
Bakar ikan, ayam, daging, sosej.. kat tepi sungai..
5 family joint together.
Kalau arwah mak aku masih ada lagi.. lagi rasa kemeriahannya..uhukss...

Abang Din, Azli & wife (Idah), belakang nampak sipi Makcik..


Azwan, Sarah, Mimi, Aina, Adilah, duduk dlm air.. Puteh

Adam, Najmi, Amin, Azwan, Sarah


Nana & Hey.. (berbaju kuning)


Inilah barisan anak2 cucu kami.. ahaks..

PULUT DURIAN 1ST TIME SEJAK BERKELUARGA



Pertama kali aku memasak Pulut (kukus).. ingatkan senang.. ahaks.. rupanya lama jugak nak kukus.. agaknya pulut tu tak rendam dulu kott..
Tengok arwah mak aku ngan Cu aku kukus senang jerkk..

Apa2pun enjoy gakk makan pulut ngan Durian nih.. Beli Durian kat Pasar Keramat RM25.00.. okla..


Wednesday, February 18, 2009

PUTERI GUNUNG LEDANG THE MUSICAL SEASON III







Arini dapat invitation tengok teater Muzikal Puteri Gunung Ledang kat IB.. 1st time aku masuk IB.. Bagusla Teater nih.. memang menarik.. Persembahan prob, pelakon dan penari serta menyanyi memang best.. touching gakk bila part last2 tuh..

Sanggup Raja Melaka nak bunuh anakandanya coz nak tunaikan permintaan Puteri.. (semangkuk darah).. uhukss..




Kami dapat tiket 4 keping jerkk.. so aku gi ngan ofismate ler.. hehehee..


lama jugakk pementasan tuh.. dari kul 3 break 20 minit sampai ler kul 6 ++




On da way balik tu singgah kat Pulau Celcom makan.. sate.. Ko teow Lakna.. perghhh memang sedapp la.. 4 orang makan RM40.. hehehe






Ofismate aku kata last season lagi best.. entahla.. aku ni baru jerkk dapat peluang tengok last 2 season dulu aku tak berkesempatan nak pi tengok.. ahaks..


Sibuk jerkkk.. semedang..




Sunday, February 15, 2009

AYAM PANGGANG BEREMPAH

Tahun ni dah 2x buat... 2 minggu turut2.. menurut kehendak Si kecik aku nih .. Suka betul dia makan ayam berempah nih.. sekali makan jerkk 1/4 ayam..


Resepi ayam panggang nih dari MIL aku sebenarnya.. ahaks..


Aritu buat 1 1/2 ekor ayam.. tak cukup.. bawak gi rumah MIL 1/2 ekor..


Resepi:
Mesin air ~ halia, lengkuas, serai, bawang puteh dan bawang besar
Mesin kering ~ biji ketumbar, jintan manis, jintan puteh dan Lada Hitam
Tumis bahan2 nih.. hingga garing.. masukkan santan dan sedikit air..
Menggelegakk masukkan ayam... dan masukkan gula dan garam secukup rasa..
ayam dah separuh masak.. keluarkan ayam.. masukkan dalam pemanggang.. panggang bersama ubi kentang.. nyakuk...!!

Rempah lebihan biarkan dalam kuali sampai pecah minyak.. best buat kuah cam ayam percik..

MINI CHEESE CAKE

Bahan-bahan
120g biskut, hancurkan
60g butter… lembutkan
250g cream cheese (Tattura)
1/2 cawan gula halus (boleh kurang sikit bagi yg tak suka manis)
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
Blueberry secukupnya

Cara-cara

Panaskan oven pada suhu 175C.
Lapiskan muffin tins dgn paper cases.
Bagi yg takde paper cases, griskan muffin tins.
Gaulkan biskut dgn butter, masukkan 1 sudu besar ke dalam setiap paper case dan tekan2 biar padat kat bawah.


Masukkan cream cheese,telor, gula, vanilla ke dalam mangkuk besar, pukul sehingga jadi cream. Isikan setiap paper case tadi dgn adunan cream cheese, biar 4/5 penuh. Letak 3-4 biji blueberry kat tengah. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk pada suhu bilik sebelum dikeluarkan dari muffin tin.

Bagi yg tak guna paper case, guna pisau atau benda tajam potong sekeliling cheesecake sebelum keluarkan nya dari muffin tin.

Tengok Wayang ~ Geng Pengembaraan Upin Ipin

Arini Kami anak beranak 3 orangjerkk gi tengok Wayang Geng Pengembaraan Upin Ipin.
Buat Epayment ticket bersama Adexcomel 3 beranak..

Okla..

Hubby aku just drop kami kat GSC then dia gi cuci keter.. dan jemput kami balik..

Aku lakk kena serang sakit pala.. aduhhhh.. bepeluh2 badan nih.. fever on off jerkk..

Esok nak cuti emegency la jawabnya.. malam rebus jagung jerkk..

Thursday, February 12, 2009

Air Terjun Serendah

Program : Family Picnic
Lokasi : Kg Orang Asli Serendah, Selangor
Kali pertama menjejak kaki ke Air Terjun Serendah. Bestla tempat nih.. Banyak sungguh makanan SIL aku bawak. Aku bawak Ayam Drummet dan Kimbab jerkk.. Mandi sampai kecut..


Tengoklah betapa seronoknya budak2 nih dok mandi

syok airnya sejukkk!!!

Dekat air terjun tu agak dalam.. akupun hapus.. tapi best budak2 nih leh terjun tirukkk!!



Ini gambar anak buah aku dengan baby dia.. Diaorang dok Sg Buluh. anak cousin aku yang meninggal pada 1 Disember 2008 aritu.


Nor Ikhwan Naufal bin Noor Azman
Makin comel.. gigi dah tumbuh 2 batang..


Aku ngan gaya Manja gitur.. ahaks.. dan hubby ku.. yang sporting..

Rasa cam nak pegi lagi..
Sekarangni aku tingin lakk nak gi Kalumpang Resort..patutnya ada trip ofis.. tapi tak jadi.. uhukss

Kenangan

Tarikh Nikah : 23 November 1996
Tempat : Penaga, Pulau Pinang
Tarikh Sanding : 24 November & 01 Disember 1996

Mula bertemu di Puncak Gunung Ledang..
tersemai kasih.. cinta berputik







Rombongan Merisik bertandang Sudah
Cincin diberi sebagai tanda


Ishhh aku tak tau la nak bermadah berhelah..

kakkakakakaakakak








Yang pentingnya sekarangni hidup kami bahagia bersama 2 orang cahaya mata 2 orang puteri

Mirza Syamimi & Mirza Syazana


























CUTI-CUTI LANGKAWI 2009










Ini merupakan 1st time ikut trip ofis ke Langkawi.



Menginap di Langkawi Lagoon ~ Studio Suite atas air.. perghhh bestnya tempat nih..

Tempat yang Filem Cinta Luar Biasa shooting tuh..

Sekali dapat gi Program Mangrove 2 bot.. cuak giler bila tengah laut dipukul ombak..

Banyak gakk aku borong cekelat FR.. beli cekelat jerkk 1 beg tarikk.. perghhh
Anak2 aku lagi ler enjoy.. leh mandi kolam kat 5star hotel..
Makan pun memang sedap2..
Mewah sungguh! Kalau nak belanja sendiri mai sini
Tak tau la..

Sewa keter VIOS.. Merasa la jugak nak vios..
Naik Cable Car Gunung Mat Cincang..
Sekali ni pergi bawa Tripod so memang bergambar
habisan..

Percutian yang best la..














..

Lama tak update

Arini rasa sunyi sangat kat ofis nih.. ramai yang cuti..

Cuma aku ngan klik aku jerkk tak cuti.. sempat gi jenjalan cari pasal tadi kat Alamanda..

Rempat Ms. Read 4 helai.. perghhhh lega.. baju nak gi Kuching dah ready.. ahaks..

Tuesday, December 23, 2008

Sonoknya nak Cuti..

Arini aku last keje.. esok aku mula cuti.. sampai tahun baru..
Cadangnya nak balik kampung.
InsyaAllah esok petang kami balik selepas ambil anak cousin aku kat UiTM Shah Alam.
Banyak hal nak buat kat Kampung..

Wednesday, December 17, 2008

Kembali Ke rahmatullah Cousin aku lakk

Tanggal 1 November 2008 - cousin aku lakk kembali ke rahmatullah disebabkan Sepsis with serve metabolic acidosis and acufe real failure (Sakit jantung, Kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang)..

Beliau menghembuskan nafas terakhir di HOspital Besar Pulau Pinang pada jam 4.50 petang.. Tak sempat aku sampai Hospital.. Terus balik kg siapkan keperluan.

Cousin aku ni mak aku yg bela dari kecik2.. sampai ke sekolah.. kahwin semua mak aku yang uruskan.

Cousin aku meninggalkan suami dan 3 orang anak beliau.
Noor Azman, Noor Hafiza dan Noor Hazuwan.

Kembali Ke Rahmatullah Ibunda Ku Yang Tercinta

Aton (Anak kesayangan mak aku)

Mak di wad HKL RT2D

Masa ni memang dah tak kenal orang


Menahan getaran kesakitan.. Hanya Tuhan saja yang mengetahuinya...






















Teringat arwah mak aku.. 8.12. (ari raya Haji genap 64 tahun)
31 Julai 2008 telah kembalinya Ke Rahmatullah Ibunda aku yang tercinta.. setelah bertarung dengan penyakit Kanser (Scomous cell carsiloma).. selama 6 bulan.


(Bersama Aton makan2 di Sg Petani)

Alhamdulillah aku sempat menunaikan hajat arwah untuk balik ke rumah.. di Kampung dan sempat menjaga beliau sepanjang hayat beliau terlantar atas katil.. Aku Redha dengan ketentuan Illahi.. memberi aku peluang bersama beliau selama 35 tahun hidupku di dunia ini.


Di Kebun Buah Rambutan

Kepada Allah SWT aku bermohon agar menempatkan arwah ibunda ku dalam golongan orang2 yang beramal solleh.. dan semoga Allah jua mencucuri Rahmat ke atas roh beliau.Sesungguhnya setiap yang hidup akan mati..

Wednesday, February 06, 2008

Puding Jagung dan Kek Coklat Kukus





Arini aku buat Puding jagung dan Kek Coklat Kukus.. semalam pun dah buat dah.. arini buat lagi.. coz esok nak buat Tahlil Hari Ke7 untuk Arwah Wawa.


Kembali Ke Rahmatullah Arwah Nenek Hubby

Cuti Hari Wilayah yang lepas.. Nenek Hubby (Rahmah bt Abdullah) @(Rahmah bt Ramlah) telahkembali ke Rahmatullah pada jam 10:47 pagi di 215 Lorong Keramat 12, Kg Datuk Keramat, 54000 KL. Jenazah telah selamat dikebumikan pada hari yg sama selepas waktu Asar. Aku sempat memandikan jenazah. Ini merupakan kali ke2 aku mandi jenazah.

Last sekali kami sekeluarga jumpa ngan Nyang @ Wawa pada ari Ahad 27 Januari 2008. Sempat aku sapu Vicks kat dada dia.. dia pandang sayu jerkk.. ingat cam dia tak suka jerkk aku buat cam tu kat dia.. pastu aku sapu minyak kat kaki dia.. aduhaiii.. rupanya dok tunggu ajal dah...

Ya Allah Ya Tuhanku.. tempatkan la Wawa di kalangan orang2 dalam Syurgamu.. Semoga Roh Wawa tenang dan Al-Fatihah.