KENANGAN DI HONG KONG

KENANGAN DI HONG KONG

Saturday, September 16, 2006

Puding Jagung

Puding Jagung ni dah lama aku tak buat.. ingatkan nak buat untuk Mimi bawak gi sekolah tapi dah lewat malam so postpone ari Jumaat baru buat.. ahaks
Resepi:
1 tin Jagung Tin - diblend halus dan tapis
1 tin Susu Cair
1 pek Agar2 Kering
Gula secukup rasa
Cara:
Masak Agar2 sehingga tidak berketul
masukkan susu cair + jagung yg telah ditapis
Masukkan gula secukup rasa
kacau dan bila masak tunagkan dalam acuan pilihan

Kek Coklat lagi..

Arini aku buat Kek Coklat lagi.. untuk Mimi celebrate birthday kat Sekolah dia..
Hubby aku antar masa they lunch..
Kek Coklat Kukus
Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara :
Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.
Tutup api biarkan adunan suam
Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.
Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.
Gaul rata dan campur tepung.
Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je).
Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan.
TOPPING COKLAT
Bahan-bahan:
250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream
sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional
Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan

Sambutan Kemerdekaan Yang Ke-49


Tarikh : 14hb September 2006
Waktu : 06:30 ~ 08:30 malam
Tempat : Aras 2, KBM Seoul

Arini KBM buat majlis makan sempena kemerdekaan Malaysia yang Ke-49. Semua Malaysian dijemput hadir ke majlis tersebut.

Bergambar kenangan (Dari Kiri: Mrs. Abdul Mutalib (Tourism), Mrs. Alfarsal (SSjn.), Mis. Amirah, Ms. Fatin, Ms Azila (JPM), Datin M. Santhananaban (H.E. Ambassador), Mrs. Abdul Wahab (MATRADE), Mrs. Sharudin (JPM), Mrs. Tajudin (MIDA), my self and Mrs. Saifful (WP).


Bergambar kenangan lagi:

(Dari Kiri: Mrs. Saifful, Mrs. Mutalib, Mrs. Hamdan (my MDM), Ms. Azila, my self and Ms. Kalsom.

Ini gambar kenangan anak-anak..

(Dari kiri: Ariani (HE Ambassador Daughter, Alia, Nana, Ain dan di depan tu Fazwan)





Ini gambar Mimi dan Ariani.



Monday, September 11, 2006

Rumahku Sayang


Emppp ari Sabtu lepas petang aku ngan hubby keluar gi cari bunga untuk gubah dalam Vase Kristal yang baru dibeli.. ahaks..

Pastu ubahsuai kedudukan perabot dalam rumah.. empp giniler hasilnya..







Ni almari aku baru beli untuk letak cawan2 aku yang cantik tu..hehehehe.. tapi murah jer.. mana mampu nak beli yang mahal2..janji lawa..








Nampak tak bunga keladi dalam vase Kristal Putih tu.. itu ler baru kami beli dan gubah.. hehehee..

Yang lain2 biasa jer la..

Menu Ari Ini



Menu ari ni aku masak
Kari Daging + Rebung
Udang Goreng Kunyit + Kicap
hehehehe itu jer.. simple dan rugged..

Malam ni hubby gi main badminton.. kul 10:00 karang baru balik.. Now Mimi ngan Nana dah mengaji kat rumah jiran baru aku Kak Ani.. alhamdullillah nasib baik dia nak tolong ajar..

Ini adalah buah anggur Korea.. bestnya masa jenjalan cari sungai ari tu nampak kebun Anggur.. nyaman nyer udara kat kampung Korea teringat kampung kat Malaysia..

Aku 1st time beli this year KRW3,000 dapat ler 2 tangkai..

JALAN-JALAN TONGDAEMOUN


Ari Ahad lepas we all gi jenjalan pasar minggu kat Tongdaemoun.. belikan anak2 buah hubby aku kasut2 yang comel2.. hehehehe.. geramnya tengok kasut bebudak lelaki.. comel2 nyer..
Mimi ngan Nana pun tak ketinggalan gakk beli selipar baru.. manik2.. sebab murah dari KRW15,000 ---> KRW3,000.. Hehehehe Hubby aku beli kasut jalan untuk dia amboiii 2 pasang sekali rappp..

Jalan2 lagi sempat la bergambar kat tepi jalan opposite Doota..


Jenjalan lagi beli Mimi Track Sut.. 1 pasang.. Jeans untuk Mimi 2 helai.. coz jeans dia langsung tak leh pakai lagi.. coz perut naikkk.. hehehheehe

Pastu dah penat meraound kat situ we all pun balik.. Ingat nak makan Al-Daegu Tang.. tapi tak jadikk..

Balik lepak kat rumah.. aku tertidur keletihan.. Malam tu Puan Ruzela call suruh gi jumpa dia kat hotel.. alamak nampak Keter boss arrr.. kantoiii..

Ari Sabtu: Gi Namdaemoun beli Brooches kawan pesan nak kirim melalui Peserta COTI Senior Officer nak balik 15 hb nanti.. emppp juling bijik mata dok pilih barang orang.. anyway enjor gakkk..

Lamb Chop


1st time aku cuba buat Lamb Chop lak.. heheheh teringin sangat nak makan Lamb Chop ni..
Hemmm kebetulan hubby aku keluar ngan 2 orang student.. Bakti dan Jazmie..so diaorang pun dapat la rasa Lamb Chop & Chicken Chop aku buat.. ahaks..
Aritu buat Mashed Potato sekali tapi dalam gambarni tak der arrrr...


Kuah Lamb Chop ni sama ngan Kuah Chicken Chop.. hehee tapi kali ni aku letak lada hitam lebih sikit kasi kau2 lagi..


Monday, September 04, 2006

Hanbook Mimi dan Nana

Ari Sabtu jalan2 gi Kwangjang Market.. Mimi ngan Nana memang dari dulu target nak beli hanbook (Pakaian tradisional Korea).. so ari tu jumpa dan ambilkira kalau jadi balik next year. So beliler kat diaorang sorang satu set.




Ni Mimi .. warna merah + Kuning.. Bergaya.. puas hati.. Lega.

Pesanan : belajar rajin2.

Ni Nana bergaya ngan Hanbook baru dia warna Pink + Hijau. Target lak nak beli MP3.. huyyoooo..

GAMBAR KEBUN EPAL


On the way balik nampak kebun epal. nak masuk tak boleh sebab tempat tu tempat research. hehehe rugi.. cuma dapat ambil gambar dari luar jer..nampak buah2 epal jatuh atas tanah geramm jer.. rugi..

Ni gambar aku kat tepi kebun epal terlarang.. ahaks. Jadi ler dapat ambil gambar dari luar pun..

Friday, September 01, 2006

Jalan2 Cari Sungai - Kibarkan Jalur Gemilang


Sempena menyambut Kemerdekaan Malaysia yang Ke 49 Semalam 31 Ogos 2006 kami telah ke Chuncheon, luar Seoul gi jalan2 cari Sungai untuk mandi manda dan picnic di sana. Antara yang join ialah : family aku( 4 orang), family Ssjn. Alfarsal (6 orang), family Amran - Fidawati (3 orang), Family HOC - Mr Saiful & Mrs. dan 7 orang student sini, Bakti, Phuk, Jaz, Kucing, Padil, Tok In, Umare.

Kami marinade 6 ekor ayam untuk dipanggang di tepi sungai yang indah lagi nyaman. Airnya sejuk bukan kepalang.. Akhirnya tercapai gak hajat aku untuk gi mandi sungai this year.

Dalam perjalanan agak kelam kabut coz bendera yg diaorang letak kat depan terbuka dan lindung cermin keter aku.. huhu.. nasib baik hubby aku ok.. pastu semua kami bukak bendera yang direntang depan keter untuk elakkan benda2 yang tak diingin berlaku
.

Ni masa tengah makan nasi. Best ayam bakar.. fuhhhh kena sambal belacan + budu..



2006 YONEX KOREA OPEN - BADMINTON


21 ~ 27 Ogos Sokong Team Malaysia lawan Badminton. Dapat jumpa ngan Roslin Hashim ngan Adik dia Hafiz Hashim.
Roslin sampai final.. tapi kalah ditangan pemain China - Bao.. sayannya..
Tapi yang bestnya we all la para penyokong dia.. masuk TV lagi..siaran live kat Malaysia dan Korea.. ahaks..

Ni gambar ngan Roslin Hashim menang set permainan yang pertama.

Yang bestnya ada cabutan bertuah tu.. tapi malangnya satu pun tarak dapatt.. huaaaa...

Malam separuh akhir tu ada offer sebijik keter dapat kat orang Korea.


Hari Final ada gak keter lagi.. of course ler orang Korea gak dapat.. huaaaa. sebab we all kebanyakannnya student tak beli tiket masuk under invitation card.. hehehee..

Ni bergambar dengan para penyokong Malaysia.

Ini gambar bunga yang diberi oleh Roslin Hashim pada Nana pada akhir kejohanan Yonex 2006 Korea Open.

Hehehee.. Nana.

AYAM PANGGANG 1ST TIME IN SEOUL

Buat pertama kalinya aku mencuba Resepi Ayam Panggang MIL.
Inipun hubby aku yang request... dah lama dah dia dok request aku jer malas nak layan..

So malam tu call ler MIL aku tanya resepi.. rupanya senang jer.. hehehee

Resepi:
1 ekor ayam
(dibelah 4)

Biji Ketumbar
Jintan Manis
Jintan Putih
Lada Hitam
Lengkuas
Serai
Halia
Bawang Besar
Bawang Putih
Kunyit Idup
Cili Kering
(Bahan2 diblend)

Gula
garam
Santan

Cara:
Panaskan minyak dan tumis semua bahan2 yang diblend + gula sehingga pecah minyak.
Masukkan Ayam dan gaul2 sebati.. naik bau.. masukkan Santan + garam secukup rasa.
Masak hingga agak kering.

Panaskan ketuhar.. balut ayam dengan Aluminium Foil / Daun Pisang. Panggangler hingga masak.. hehehee.. Sedappp..