FreeFlashToys.com - Stick Figure Family
Shared via AddThis
KENANGAN DI HONG KONG
Tuesday, September 08, 2009
Friday, September 04, 2009
Thursday, September 03, 2009
Menu lagi...
Masak Lemak Lobak Putih + Bayam
Terubuk + Kembung Bakar Bercili
Donut Kentang - home made
California Roll - beli di Care4
BA Donut - Beli di Alamanda
Minuman Kegemaran - Teh Tarik
Popiah Capcai - ada lagi stok dalam peti sejuk..
Sayap Ayam Panggang Berempah
Ini adalah merupakan menu2 kegemaran di Bulan Ramadhan..
Alhamdulillah kenyang..
Wednesday, September 02, 2009
Sambut Birthday 2 month ago.. 10.7.




Percaya atau tidak.. aku & Mr. Shahariman.. sama tarikh dan sama tahun 10 Julai 1973 sambut b'day pada hari yang sama.. Keciknya dunia.. ahaks..
Ini adalah suprise party yang dihadiahkan oleh MEM Besar.. pada kami.. Terima kasih puan. Penat makan 2 bijik Kek..
Terima kasih semua.. Masa ni ramai tak der kat ofis sibuk di Manek Urai..
Tuesday, September 01, 2009
Jalan-Jalan Jakarta 8-9 Ogos 2009





Just I night only..
Mangga Dua Ibis
Jalan2 Mangga Dua.. rambang mata tengok barang.. ahaks.
Jalan2 Tanah Abang.. rambang mata tengok telekong dan kain.. perghhhh!!!
Shopping blouse anak2, baju hubby dan for my self only sling bag..
Makan2 di Restoran Nasi Padang.. nyaman sekali.. ahhh..
Bincang dengan Mas Edo berkenaan trip Jakarta Bandung end of this year..
bayar deposit Rph3,500,000.
Flight delayed.. mak ai.. dari kul 6 ~ 10:30 malam.. gilosss!!! Sampai rumah kul 2:30 pagi.. 7.30 terus gi keje.. mengantuk giloss.. sib baik dapat apa yang dihajatkan.. hahehheheheh..
BKL 9697 VS BJN 9697


27 Julai 2009
Balik Kg Dengan Kereta Baru.. Alhamdulillah tercapai gakk hajat Tahun ni nak pakai kereta baru..
Terpaksala aku lepaskan WJH 5817 ku itu.. uhukss..
Kenangan sungguh WJH tu.. baru balik dari Seoul terus rembat buat senang ulang alik keje.. & ambil anak2 sekolah.
Tak sempatlakk aku nak ambil gambar WJH ku itu..
Sekarangni gegel2 aku nak parking kat Basement uhukss.. lorongnya sempit mau naik bukit.. uhukss.. Tapi Alhamdulillah pelan2 naik gakk aku kat basement tuh.. setelah seminggu parking di bawah.. ahaks..
setakatni paling jauh aku bawak gi Warta, Bangi.
Menu Puasa Hari Ke 11
Bahan2 - Lobak Putih, Soon, Isi Ayam, Karet, Cendawan apatah namanya..
LP+ Karet di parut memanjang
cendawan dipotong nipis
TUmis bawang puteh + Bawang Merah + Ayam Cincang
masukkan kiub ayam + Lada Sulah + Garam secukup rasa sehingga naik bau dan ayam masak
masukkan bahan seterusnya.. lastly masukkan soon yang telah direndam..
masak sehingga naik asap..
setelah agak sejuk.. lipatlah popiah anda.. dan goreng.. cicah dengan sos Thai.. perghhhh amat menyelerakan.. Walla..
BahanA - blender Basah (Kunyit idup, serai, lengkuas, halia, bawang merah & Bawang Puteh)
BahanA - blender kering (Jintan Manis, Jintan Puteh, Bunga Cengkeh, Buah Pala, lada hitam, bijik kEtumbar)
Tumis bahan A sehingga naik bau
Masukkan Bahan B
kacau sehingga sebati
masukkan Santan (1 ekor RM2 santan)
Mendidih masukkan Ayam dan biarkan agak kering
Lapik dulang dengan aluminium foil dan potong kentang dan atur dalam dulang
masukkan ayam dan Bakar sehingga masak..
Monday, August 31, 2009
Bahan2 - Tepung gandum, Bawang + cili merah dicincang, Daun Ketumbar, Telur, Kunyit, garam secukup rasa dan sedikit air.
gaul semua bahan2 (ala2 nak buat cucur udang)
potong kentang agak sederhana nipis dan celup dalam tepung seterusnya goreng..
Sedap makan dengan sos cili.
Simple jerkk.. Olive oil, butter, bawang putih, udang, sotong, daging cincang, mix vege, sos prego original dan spaghetti yang dah direbus terlebih dahulu.
Tumis semua bahan - masukkan sos prego + sos tiram + sos Cili + Sos Tomato
Masukkan Udang + Sotong + Daging Cincang + Mix Vege
dah naik bau.. masukkan spaghetti
Nak makan taburkan Cheese..
Leburkan sos cili, sos tomato, sos Cili Thai, sedikit secukup rasa..
Taburkan bijan
Tahu digoreng dan dibelah segitiga
buang isi dalam
Sagat panjang carrot + Timun
Celur Tauge
Gaul semua sayuran & sumbat dalam tahu..
Perap ayam Bersama kicap kipas udang (manis), sos tiram + madu, blended bawang puteh.
Ayam terlebih dahulu direbus - air rebusan digunakan untuk memasak nasi ayam.
Dah sejam perap, goreng sehingga masak. Memang nampak hitam tapi bukan hangus.. ahaks..
Dalam minyak letak sedikit butter.
Sos Hitam
Sos lebihan perab ayam gunakan untuk buat kuah hitam nasi ayam. masak sehingga agak pekat..
Sos merah
Blend cili merah + sos cili + sos tomato
Masak sehingga naik asap atau agak2 jerkk la..
Subscribe to:
Posts (Atom)

















