KENANGAN DI HONG KONG

KENANGAN DI HONG KONG

Monday, August 31, 2009

Laici & Oren

Rendang Rusa - Hubby beli kat ofis di Shah Alam. 1kg RM18.00. Import from Australia.

Kentang Goreng Tepung
Bahan2 - Tepung gandum, Bawang + cili merah dicincang, Daun Ketumbar, Telur, Kunyit, garam secukup rasa dan sedikit air.
gaul semua bahan2 (ala2 nak buat cucur udang)
potong kentang agak sederhana nipis dan celup dalam tepung seterusnya goreng..
Sedap makan dengan sos cili.
BA Donut - kegemaran kami. Beli kat Alamanda.

Spaghetti Goreng

Simple jerkk.. Olive oil, butter, bawang putih, udang, sotong, daging cincang, mix vege, sos prego original dan spaghetti yang dah direbus terlebih dahulu.

Tumis semua bahan - masukkan sos prego + sos tiram + sos Cili + Sos Tomato
Masukkan Udang + Sotong + Daging Cincang + Mix Vege
dah naik bau.. masukkan spaghetti

Nak makan taburkan Cheese..

Sos Tahu Sumbat

Leburkan sos cili, sos tomato, sos Cili Thai, sedikit secukup rasa..
Taburkan bijan


Tahu sumbat

Tahu digoreng dan dibelah segitiga
buang isi dalam
Sagat panjang carrot + Timun
Celur Tauge
Gaul semua sayuran & sumbat dalam tahu..


Ayam Goreng Madu
Perap ayam Bersama kicap kipas udang (manis), sos tiram + madu, blended bawang puteh.
Ayam terlebih dahulu direbus - air rebusan digunakan untuk memasak nasi ayam.
Dah sejam perap, goreng sehingga masak. Memang nampak hitam tapi bukan hangus.. ahaks..
Dalam minyak letak sedikit butter.
Sos Hitam
Sos lebihan perab ayam gunakan untuk buat kuah hitam nasi ayam. masak sehingga agak pekat..
Sos merah
Blend cili merah + sos cili + sos tomato
Masak sehingga naik asap atau agak2 jerkk la..

Monday, August 24, 2009

Hari ini kita dah selamat menjalankan ibadah puasa buat hari yang ketiga.Hari Cu aku ngan anak cousin seramai 5 orang datang rumah. Syoknya.. pagi esok leh sahur beramai2.. hehehe..

Hari ni menu berbuka :
Bihun Goreng
Kentang Goreng Tepung
Kentang Berempah
Kurma
Mangga Madu
Teh Tarik.















Baru siap siang Siakap + Udang
Cadangan Menu Sahur Hari Ke 4 puasa:
Gulai Udang + Timun Kuning
Siakap Tiga Rasa
Sup Bayam + Cendawan



Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..

Semoga Keberkatan Ramadhan tahun ini dapat dikecapi bersama-sama. InsyaAllah.

Friday, August 14, 2009

Alhamdulillah dah dapat surat confirmation N22.. mulai 19.1.2009. Lega.

Lepas ni leh buat claim ngan gaji baru.. ihikss..

Tuesday, August 04, 2009

Alhamdulillah.. dah selamat balik kampung dah buat kenduri arwah Ibunda Tercinta Allahyarhamah Hajah Che Bashah bt Rejab pada 31 Julai 2009 yang lalu.

Antara Menu :
Nasi Puteh
Daging masak samah
Gulai Daging Rincik + Ubi + Karot
Sambal Sotong
Ayam Goreng Berempah
Acar Buah
Buah Tembikai
Cucur Cempedak

Buah-buahan lain rambutan, langsat dan cempedak.

Alhamdulillah kurma yang aku packing dalam tupperware pun selamat diagihkan pada semua yang hadir..

Wednesday, July 15, 2009

Banyaknya citer nak citer..
Banyaknya gambar nak upload..
Tunggu Tenet kat rumah dah pulih..
Uhukss.

Tetiba lakk sebakkk.. teringat Arwah Mak aku..
tetiba jerkk air mata mengalir.. nih.. tak henti2 lakk..

Al- Fatihah..

Friday, June 26, 2009

Arini aku cuti..

8.30 pagi ~ Pergi sekolah Nana ada perjumpaan dengan guru kelas utk ambil buku rekod.. Nana dapat no. 5 dalam kelas. Sama ada tukar kelas atau tak.. result minggu depan.

10.30 pagi ~ terus ke Alamanda.. makan nasi KFC. Masuk Care4 beli air 100plus then balik rumah.

OTW balik rumah bos aku call pasai tiket dia.. aduhhh copot2 jantung aku.. dia nak balik awal lakk.. terus aku call travel agen.. sib baik ada itupun tiket ekonomi.. aduhaiii!!!

Tuler bila aku call tak mau angkat.. dah sms bagi tau waitlist dulu tak jawab.. hahhhh!!!

Petang ada orang cuci rumah atas.. sampai kul 5 baru settle.. bayar RM60. Semua pencuci aku depa ambil ke abih?? Tak perla asalkan dah settle tak yah aku menyental bilik air lagi.. uhuks

Esok nak kemas dan angkut naik atas jerkk!

Wednesday, June 24, 2009

Hari ni.. ingatkan dah bahagia dah bos tarak masuk ofis.. sekali ada keje lakk dia kasi.. ayo yo.. macam mana mau keluar layan AK?? uhukss.. dah ler aku dah janji ngan Mimi nak ambil dia lambat to day lepas balik berAK..

Sib baik hubby cuti sakit gusi bengkak.. katanya doc suruh cabut itu gigi.. ayokkk ilang lagi satu gigi..

Bil tefon aku melambung2 tinggi.. huarghhhhhh......!!!

Tuesday, June 23, 2009

Balik Kampung...

Cik Natun..

Nana di Penang International Airport...

Mimi..

Cik Natun again..

Malam OTW balik.. tengok operasi REMPIT.. kat Dataran Merdeka..

Last 2 weeks kami 3 beranak balik kampung..saja jerkk temankan anak cousin aku balik.. Naik Transnasional..
Syok balik kampung.. siap beli kain untuk baju raya..
Aku 3 pasang
Mimi 2 pasang + Kebaya beli kat Jakarta
Nana 2 pasang
Balik KL naik AA.. 3 beranak.. hubby tunggu kat LCCT..
Masa kat Kampung kami bincang nak gi Jakarta - Bandung- Puncak - Jakarta bulan Disember 2009.
Mak sedara aku nak sponsor coz dapat duit pampasan tanah kat ujung Kampung.. Masing2 ada syer.. so yang lebih tu buat jalan2 family...
Aku ditugaskan untuk menempah tiket dan cari agen pelancong..
Alhamdulillah dah settle beli tiket.. AA.. RM150.00 pergi balik.. Penang-Jakarta-Penang..
26 ~ 29 December 2009.
Program pun dah diatur.. Bulan 8 nih aku gi Jakarta bincang lagi confirm sama Mas Edo..

HAPPY FATHER'S DAY..

Muka aku yang baru hilang sakit pala..


Apa yang diborak oleh Atok ngan Cucu..

MIL tengah hirup sup ekor.. bersama Manggo Blended..

Steamboat - seafood (Sup Ekor dan Tomyam - 2 portion dalam periuk)
Cappucino Blended...

Syoknya makan icecream..

Makan Ketam puas2....
MIL and FIL.. Menumpang kasih pada mertua jerkk la.. uhukss..

JALAN-JALAN KE KOTA BHARU, KELANTAN

Pohon Salak yang galak berbuah..



Belimbing buluh.. yang dimasak lemak cili padi perghhh.. !!!

Sempat ambil gambar dan melihat kemeriahan Pasar Siti Khadijah..

Nur Sabrina Izzati..

Mimi dan anak cousin.setelah lebih 10 tahun tak dapat anak.. 1st baby consult di LPPKN..

Kat Apartment - mandi kolam.. Nana dengan Baju mandi muslimah beli kat Jakarta.. hehehee

Gambar kenangan bersama pengantin dan cousin hubby..

Nana bergaya dengan Meriam lama..

Bergambar beramai2.. Biras, MIL dan anak2 biras..

Pergi balik naik Bas Transnasional..

Kami sewa Ridel Hotel, kat Pelangi Mall, KB. 1st day dok apartment, 2nd day dok hotel. coz nak tunggu time nak balik jerkk..

Rombongan ke Kelantan tu seramai 10 orang. gi wedding anak cousin hubby aku.. kat Pulau Pisang, Pengkalan Chepa. Jauh gakk masuk ke dalam..
Sempat juga jumpa housemate dulu masa kat AU3..NorHaslita Hasan.. sekarangni dia kat Pejabat Buruh Negeri Kelantan.

Rasa sunyi..

Kekadang aku rasa cam tak der kawan.. uhukss..

Semua orang tak leh nak dipercayai..

Boring..!!!!

Monday, May 25, 2009











Hubby demam masa otw balik kg..