KENANGAN DI HONG KONG

KENANGAN DI HONG KONG

Thursday, February 28, 2013

KEK KUKUS SARANG SEMUT.. (GULA HANGUS)

 
Semalam hati berkobar2 nak buat Kek Sarang Semut aka Kek Gula Hangus..
Tengok resepi senang.. semua bahan dah ada kat rumah..
 
 


 
 



KEK SARANG SEMUT

Bahan - Bahan :

1 Cawan gula
1 Cawan Air Panas
2 Sudu Besar Butter ( unsalted )
4 Biji Telur Gred A
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan Tepung Gandum Di ayak
2 tsp Soda Bikarbornat Di ayak
1 tsp Essen Vanilla

Cara Penyediaan :-

1) Goreng Gula tanpa Minyak dengan Api dapur sederhana kecil , Sehingga Cair.
2) Masukkan Air Panas, Gaulkan sehingga sebati sekiranya masih ada sisa sisa gula yg belum cair.
3) Masukkan Mentega, dan gaul sebati. Tutup Api dan Biarkan seketika.
-----
4) Pukul Telur Hingga Kembang
5) Kemudian masukkan Susu Pekat. Pukul hingga sebati.
6)Masukkan Tepung dan Soda bikarbonat yang telah diayak tadi. Pukul hingga sebati.
7) Masukkan esen vanilla dan Gaul hingga sebati.
-----
8) Kemudian masukkan Gula Hangus tadi ke dalam bancuhan Tepung dan gaul sebati.
9) Perap adunan ini slame 3-4 jam (bertutup)bagi mendapatkan sarang yang cantik.
10) Bakar selama 60minit dengan suhu 160'c

Nota :
:: Kalau tak ada mixer, boleh guna blender.
:: Kalau tak ada Oven, Boleh Kukus selama 1 jam 45 minit.
:: Jangan lupa sapukan butter & letak kertas minyak pada bekas yg di gunakan untuk bakar or kukus.

Selamat Mencuba
^_^
KDC | Chocolates.my

Tips; untuk dptkan sarang yg cantik, makesure air gula tu betul betul sejuk.
 
TERIMA KASIH Puan Tazreeney...
 

No comments: