KENANGAN DI HONG KONG

KENANGAN DI HONG KONG

Monday, August 31, 2009

Laici & Oren

Rendang Rusa - Hubby beli kat ofis di Shah Alam. 1kg RM18.00. Import from Australia.

Kentang Goreng Tepung
Bahan2 - Tepung gandum, Bawang + cili merah dicincang, Daun Ketumbar, Telur, Kunyit, garam secukup rasa dan sedikit air.
gaul semua bahan2 (ala2 nak buat cucur udang)
potong kentang agak sederhana nipis dan celup dalam tepung seterusnya goreng..
Sedap makan dengan sos cili.
BA Donut - kegemaran kami. Beli kat Alamanda.

Spaghetti Goreng

Simple jerkk.. Olive oil, butter, bawang putih, udang, sotong, daging cincang, mix vege, sos prego original dan spaghetti yang dah direbus terlebih dahulu.

Tumis semua bahan - masukkan sos prego + sos tiram + sos Cili + Sos Tomato
Masukkan Udang + Sotong + Daging Cincang + Mix Vege
dah naik bau.. masukkan spaghetti

Nak makan taburkan Cheese..

Sos Tahu Sumbat

Leburkan sos cili, sos tomato, sos Cili Thai, sedikit secukup rasa..
Taburkan bijan


Tahu sumbat

Tahu digoreng dan dibelah segitiga
buang isi dalam
Sagat panjang carrot + Timun
Celur Tauge
Gaul semua sayuran & sumbat dalam tahu..


Ayam Goreng Madu
Perap ayam Bersama kicap kipas udang (manis), sos tiram + madu, blended bawang puteh.
Ayam terlebih dahulu direbus - air rebusan digunakan untuk memasak nasi ayam.
Dah sejam perap, goreng sehingga masak. Memang nampak hitam tapi bukan hangus.. ahaks..
Dalam minyak letak sedikit butter.
Sos Hitam
Sos lebihan perab ayam gunakan untuk buat kuah hitam nasi ayam. masak sehingga agak pekat..
Sos merah
Blend cili merah + sos cili + sos tomato
Masak sehingga naik asap atau agak2 jerkk la..

Monday, August 24, 2009

Hari ini kita dah selamat menjalankan ibadah puasa buat hari yang ketiga.Hari Cu aku ngan anak cousin seramai 5 orang datang rumah. Syoknya.. pagi esok leh sahur beramai2.. hehehe..

Hari ni menu berbuka :
Bihun Goreng
Kentang Goreng Tepung
Kentang Berempah
Kurma
Mangga Madu
Teh Tarik.















Baru siap siang Siakap + Udang
Cadangan Menu Sahur Hari Ke 4 puasa:
Gulai Udang + Timun Kuning
Siakap Tiga Rasa
Sup Bayam + Cendawan



Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..

Semoga Keberkatan Ramadhan tahun ini dapat dikecapi bersama-sama. InsyaAllah.

Friday, August 14, 2009

Alhamdulillah dah dapat surat confirmation N22.. mulai 19.1.2009. Lega.

Lepas ni leh buat claim ngan gaji baru.. ihikss..

Tuesday, August 04, 2009

Alhamdulillah.. dah selamat balik kampung dah buat kenduri arwah Ibunda Tercinta Allahyarhamah Hajah Che Bashah bt Rejab pada 31 Julai 2009 yang lalu.

Antara Menu :
Nasi Puteh
Daging masak samah
Gulai Daging Rincik + Ubi + Karot
Sambal Sotong
Ayam Goreng Berempah
Acar Buah
Buah Tembikai
Cucur Cempedak

Buah-buahan lain rambutan, langsat dan cempedak.

Alhamdulillah kurma yang aku packing dalam tupperware pun selamat diagihkan pada semua yang hadir..