Mak di wad HKL RT2D
Masa ni memang dah tak kenal orang
Menahan getaran kesakitan.. Hanya Tuhan saja yang mengetahuinya...
(Bersama Aton makan2 di Sg Petani)
Di Kebun Buah Rambutan
Teringat arwah mak aku.. 8.12. (ari raya Haji genap 64 tahun)
31 Julai 2008 telah kembalinya Ke Rahmatullah Ibunda aku yang tercinta.. setelah bertarung dengan penyakit Kanser (Scomous cell carsiloma).. selama 6 bulan.
(Bersama Aton makan2 di Sg Petani)
Alhamdulillah aku sempat menunaikan hajat arwah untuk balik ke rumah.. di Kampung dan sempat menjaga beliau sepanjang hayat beliau terlantar atas katil.. Aku Redha dengan ketentuan Illahi.. memberi aku peluang bersama beliau selama 35 tahun hidupku di dunia ini.
Di Kebun Buah Rambutan
Kepada Allah SWT aku bermohon agar menempatkan arwah ibunda ku dalam golongan orang2 yang beramal solleh.. dan semoga Allah jua mencucuri Rahmat ke atas roh beliau.Sesungguhnya setiap yang hidup akan mati..
No comments:
Post a Comment