KENANGAN DI HONG KONG

KENANGAN DI HONG KONG

Thursday, February 28, 2013

KEK KUKUS SARANG SEMUT.. (GULA HANGUS)

 
Semalam hati berkobar2 nak buat Kek Sarang Semut aka Kek Gula Hangus..
Tengok resepi senang.. semua bahan dah ada kat rumah..
 
 


 
 



KEK SARANG SEMUT

Bahan - Bahan :

1 Cawan gula
1 Cawan Air Panas
2 Sudu Besar Butter ( unsalted )
4 Biji Telur Gred A
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan Tepung Gandum Di ayak
2 tsp Soda Bikarbornat Di ayak
1 tsp Essen Vanilla

Cara Penyediaan :-

1) Goreng Gula tanpa Minyak dengan Api dapur sederhana kecil , Sehingga Cair.
2) Masukkan Air Panas, Gaulkan sehingga sebati sekiranya masih ada sisa sisa gula yg belum cair.
3) Masukkan Mentega, dan gaul sebati. Tutup Api dan Biarkan seketika.
-----
4) Pukul Telur Hingga Kembang
5) Kemudian masukkan Susu Pekat. Pukul hingga sebati.
6)Masukkan Tepung dan Soda bikarbonat yang telah diayak tadi. Pukul hingga sebati.
7) Masukkan esen vanilla dan Gaul hingga sebati.
-----
8) Kemudian masukkan Gula Hangus tadi ke dalam bancuhan Tepung dan gaul sebati.
9) Perap adunan ini slame 3-4 jam (bertutup)bagi mendapatkan sarang yang cantik.
10) Bakar selama 60minit dengan suhu 160'c

Nota :
:: Kalau tak ada mixer, boleh guna blender.
:: Kalau tak ada Oven, Boleh Kukus selama 1 jam 45 minit.
:: Jangan lupa sapukan butter & letak kertas minyak pada bekas yg di gunakan untuk bakar or kukus.

Selamat Mencuba
^_^
KDC | Chocolates.my

Tips; untuk dptkan sarang yg cantik, makesure air gula tu betul betul sejuk.
 
TERIMA KASIH Puan Tazreeney...
 

Thursday, February 21, 2013

KENDURI AKIKAH, KHATAM AL-QURAN DAN BERKHATAN

Sekitar kenduri Akikah dan Majlis Khatam Al-Quran Puteri Sulung  kami Mirza Syamimi binti Mohazrifi bersama 2 orang lagi sepupu beliau Syasya Nabila dan Adilah.







 
TAHNIAH... Mimi, Adilah dan Nabila kerana sudah Khatam Al-Quran...
Syukur.. Majlis berlangsung dengan jayanya..



Ayam Golek Dinz.. memang terbaik..
 



Tukang masak yang terbaik...





terima kasih kepada semua yang turut membantu..
 
Keluarga Mertua, Semua Adik2 Ipar dan Biras, keluarga Penang
 
Cu, Kak Na & family, Noraini & family, Mansor & family, Kak Pija dan Abg Man
Kerana telah sudi menolong memasak, membasuh dan menanggah..
 

 
 
Alhamdulillah.. dah selesai niat aku untuk mengadakan kenduri Akikah bagi kedua2 anak aku..













MELAKA - JOHOR DAN SINGAPORE DECEMBER 2012

Family day di Sri Costa Resort, Banda Hilir, Melaka
23-25 Disember 2012
 
 





Johor - Singapore 27 hingga 29 Disember 2012

 
 
 
 

On the way ke The Zone Hotel sempat singgah di JPO.



28 Disember 2012 - USS 2nd Time.. 










 
29 Disember 2012 - Jalan2 di Kota Singa..
 
 

 
Penutup Cuti sekolah dan tahun 2012.. Alhamdulillah..


Wednesday, February 20, 2013

KUL - DUBAI - KUL

12 hingga 17 Julai, 2012
 
Program BAKTI di Dubai, UAE
 
Alhamdulillah diberi peluang untuk menjalankan tugas di Dubai, UAE sempena Program Lawatan Rasmi YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dan Ahli BAKTI bersama anak-anak PERMATA Malaysia.
 
 


Bilik di Hotel Grand Hyatt, Dubai
 


1st time naik Emirates
 

 
Permandangan dari Burj Khalifah, Dubai
 


 Pegawai-pegawai Kerajaan Dubai sedang bejalan mengiringi YAB Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia
 
 
 Bergambar di hadapan PIntu masuk ke Bangunan Burj Khalifah, Dubai